Arab Saudi Umum Projek THE LINE, Bandar Masa Depan Yang Mesra Alam

Seperti yang dilaporkan Neom.com, pada 25 Julai 2022, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman telah mengumumkan rekabentuk projek THE LINE, revolusi ketamadunan yang mengutamakan manusia, menyediakan pengalaman kehidupan bandar yang belum pernah berlaku sebelum ini disamping turut memelihara alam sekitar. Pada Januari tahun lepas, Putera Mahkota Arab Saudi itu melancarkan idea dan visi bandar yang menggambarkan semula konsep pembangunan bandar dan bagaimana sebuah bandar masa depan itu akan kelihatan.

Imej via Mohammed Alhamed

Projek Mesra Alam

Projek THE LINE menjelmakan bagaimana komuniti bandar pada waktu itu dengan persekitaran yang bebas daripada jalan raya, kenderaan dan pemcemaran. Ia akan menggunakan 100% tenaga boleh diperbaharui dan mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan rakyat berbanding sistem pengangkutan dan infrastruktur yang biasa dilihat di bandar-bandar seluruh dunia. Projek ini menjadikan alam semula jadi di hadapan pembangunan, dengan itu ia akan menyumbang kepada pemeliharaan 95% tanah NEOM.

Imej via Mohammed Alhamed

Ciri-Ciri Bandar

Pengumuman itu mendedahkan ciri-ciri penting THE LINE, antaranya mempunyai kelebaran 200 meter, 170 kilometer panjang dan 500 meter ketinggian dari paras laut, lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Tower / KLCC Tower ) iaitu 452 meter.

Projek THE LINE ini nanti akan menempatkan jumlah penduduk seramai 9 juta orang di atas tanah seluas 34 kilometer persegi. Projek ini akan mengurangkan infrastruktur dan mewujudkan kelestarian yang tidak pernah dilihat di mana-mana bandar yang wujud di dunia ini. Dengan iklim yang ideal sepanjang tahun, projek ini akan memastikan penduduk di bandar itu dapat menikmati alam sekitar sambil melakukan perjalanan dengan berjalan kaki di dalamnya.

Imej via Mohammed Alhamed

Selain itu, penduduk bandar itu akan dapat mengakses ke semua kemudahan THE LINE dalam masa 5 minit perjalanan berjalan kaki sahaja selain rel berkelajuan tinggi dari hujung ke hujung bandar selama 20 minit. Di dalamnya lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang boleh diakses oleh penduduknya.

“Semasa pelancaran THE LINE tahun lalu, kami komited kepada revolusi ketamadunan yang mengutamakan manusia berdasarkan perubahan radikal dalam perancangan bandar. Rekabentuk yang didedahkan ini ialah untuk komuniti bandar bertingkat menegak, bandar ini akan mencabar flat tradisional, bandar mendatar dan menjadi model pemeliharaan alam semula jadi serta meningkatkan kebolehdiaman manusia. THE LINE akan menangani cabaran yang dihadapi manusia dalam kehidupan bandar hari ini dan akan memberikan cara hidup alternatif.” Kata DYMM Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman.

Imej via Mohammed Alhamed

Tambahnya lagi, “Kami tidak boleh mengabaikan kebolehdiaman dan krisis alam sekitar yang dihadapi oleh bandar-bandar di dunia kita, dan NEOM berada di barisan hadapan dalam menyampaikan penyelesaian baharu dan imaginatif untuk menangani isu-isu ini.”

Imej via NEOM

Bandar Bertingkat

THE LINE menawarkan pendekatan baru kepada rekabentuk bandar. Idea bandar bertingkat berfungsi secara menegak dalam masa yang sama memberikan masyarakat bandar itu bergerak dengan lancar dalam 3 dimensi atas, bawah dan menyerang merujuk kepada konsep Zero Gravity Urbanism. Berbeza dengan bangunan-bangunan tinggi biasa, konsep berlapis ini merangkumi taman awam, kawasan pejalan kaki, sekolah-sekolah, perumahan dan tempat untuk bekerja dan membolehkan seseorang itu berjalan dengan lancar dari satu tempat ke satu tempat dalam masa 5 minit sahaja.

Imej via NEOM

Keunikan Bandar

THE LINE akan mempunyai fasad atau permukaan luaran bercermin untuk menunjukkan ciri-ciri uniknya untuk disesuaikan dengan alam manakala, ruang dalamnya pula akan dibina untuk mencipta pengalaman yang luar biasa. Ia akan dikendalikan oleh pasukan arkitek dan jurutera terkenal dunia yang akan diketuai oleh NEOM.

Imej via NEOM

Rekabentuk bandar itu akan menggunakan sistem digital sepenuhnya dan industri pembinaan ke tahap yang lebih besar dengan memajukan teknologi binaan dan proses pemasangan.

Pengumuman THE LINE dilakukan susulan kemajuan pembangunan projek meganya seperti OXAGON, sebuah kompleks industri terapung terbesar di dunia dan TROJENA, destinasi pelancongan gunung global.

Sumber: NEOM.com

Diolah oleh: Azizi MY

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *