Berdasarkan kepada laporan Berita Harian, harga transaksi median bagi hartanah kediaman atau rumah yang dijual semula meningkat 11.1 peratus daripada RM 315,000 kepada RM350,000 pada tahun 2021 berbanding pada tahun 2018.
Nilai median bagi kaki persegi (kps) juga meningkat sebanyak 6.3 peratus daripada RM215.41 kepada RM228.91 pada tahun 2021 berbanding pada tahun 2018.
Bagaimana pun, jumlah transaksi tahun 2018 masih tinggi iaitu 137,128 berbanding jumlah transaksi tahun 2021 iaitu sebanyak 124,996. Dalam laporan Berita Harian itu menunjukkan bahawa harga transaksi median dan nilai median kps yang lebih tinggi tidak semestinya diterjemahkan peningkatan jumlah transaksi. Data yang dikumpulkan itu berdasarkan kepada angka harga untuk kediaman bertanah dan bertingkat di 4 buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.
Sheldon Fernandez, berkata harga transaksi median dan nilai median kps bagi hartanah kediaman sekunder bukan setakat pulih daripada tahap prapandemik, tetapi meningkat pada 2021 berbanding 2018. Tambahnya, kenaikan harga pada tahun 2021 itu dikaitkan dengan sentimen pengguna yang bertambah baik selepas kejayaan program vaksinasi dan kelonggaran sekatan pergerakan.
“Kami kini melihat keyakinan yang lebih tinggi mengalir ke dalam pasaran hartanah dengan penambahbaikan dalam bahagian tertentu pasaran kediaman sekunder, sekali gus membangkitkan semula rancangan pemilikan rumah untuk sesetengah orang.”
“Harga median yang terus meningkat pada 2021 manakala jumlah transaksi menurun menunjukkan bahawa pembeli hartanah kediaman sekunder mempunyai kedudukan kewangan kukuh dan kehendak untuk membeli hartanah yang berharga bernilai.
“Gabungan kadar faedah rendah, harga hartanah rendah, dan pengecualian duti setem ke atas memorandum dokumen pemindahan (MOT) dan perjanjian pinjaman untuk pembeli rumah pertama memberikan keadaan yang sesuai untuk pembeli untuk memasuki pasaran hartanah,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada tahun 2021, hartanah kediaman sekunder bertanah mengatasi hartanah kediaman sekunder bertingkat tinggi iaitu dari segi harga transaksi median dan jumlah transaksi.
Pada 2021, hartanah kediaman sekunder bertanah mengatasi prestasi hartanah kediaman sekunder bertingkat tinggi dari segi harga transaksi median dan jumlah transaksi.
Hartanah kediaman sekunder bertanah mencatatkan harga transaksi median tahun 2021 sebanyak 10% daripada RM333,760 pada tahun 2018. Hartanah kediaman sekunder bertingkat tinggi pula mengalami pertumbuhan sebanyak 7.4 kepada RM290,000.
Bagi jumlah transaksi hartanah kediaman sekunder bertanah mengalami pertumbuhan 23.5 % berbanding 13.9 % yang dicatatkan oleh hartanah kediaman sekunder bertingkat tinggi.
Sheldon turut berkata, aktiviti belian dan pelaburan mungkin terjejas dengan kenaikan terkini Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.25 peratus dan ketidaktentuan makroekonomi yang menjejaskan pasaran global. Mungkin akan berlaku satu lagi kenaikan OPR sebelum penghujung tahun 2022 dan ia boleh menjejaskan lagi sentimen belian dan pelaburan.
Menurutnya, secara umumnya ada dua keutamaan yang dapat dilihat iaitu keluasan dan harga mampu milik. Pembeli Selangor dan Johor lebih gemar kepada jenis rumah bertanah yang luas.
“Sebaliknya, pembeli di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang lebih suka rumah bertingkat tinggi yang lebih mampu milik. Menuju ke hadapan, kami menjangka trend pengguna ini akan berterusan,” katanya.
Sumber: Berita Harian