Dalam satu laporan yang dipetik daripada arabnews.com, Kaabah akan dihiasi dengan Kiswa baru yang mana akan berlangsung pada Sabtu, 1 Muharram atau 30 Julai. Penggantian Kiswa itu merupakan salah satu upacara yang paling ditonton dalam dunia Islam.
Menurut Abdulrahman Al-Sudais, penggantian pada 1 Muharram menunjukkan berlaku perubahan daripada adat berpuluh tahun menggantikan Kiswa pada malam Arafat. Ia adalah mengikut keputusan diraja yang dikeluarkan baru-baru ini.
Kiswa, atau penutup Kaabah, diganti setiap tahun dalam tradisi yang diamalkan selama berabad-abad.
Selama beberapa dekad kain Kiswah akan diganti pada waktu pagi 9 Dzul Hijjah, iaitu ketika jemaah haji berangkat ke dataran Arafah. Biasanya, MasjidilHaram akan kosong untuk membolehkan penggantian dapat dilakukan dengan lancar.
Kiswa baharu itu akan kekal sehingga haji tahun depan.
- Penggantian Kiswa akan dibuat pada 1 Muhamarram
- Kos Kiswa USD6.5 Juta atau SR 25 Juta dengan berat 850 kilogram
Sepasukan 200 juruteknik Saudi yang bekerja di Kompleks Raja Abdulaziz untuk Pengilangan Kiswah Kaabah, akan melaksanakan tugas itu.
Kilang pembuatan itu menggunakan 47 helai kain dan benang. Mesin jahit berkomputer terbesar di dunia, iaitu sepanjang 16 meter akan menjalankan proses itu. Kain itu dicantum bersama dalam lima bahagian berbeza dan dilekatkan dengan cincin tembaga.
Sekitar 670 kilogram sutera mentah diwarnakan hitam di kompleks itu.
Kiswa itu dihiasi dengan ayat-ayat Al-Quran yang disulam dengan 120 kilogram benang emas 21 karat dan 100 kilogram benang perak.
Kos membuat Kiswa seberat 850 kilogram baharu dianggarkan bernilai SR25 juta, atau lebih $6.5 juta, menjadikannya penutup termahal di dunia.
Sumber: arabnews.com