Apple Akan Menaikkan Harga Model iPhone 14 Pro

Imej via macrumors

Seperti dilaporkan macrumors.com, Apple merancang untuk menaikkan harga model iPhone 14 Pro berbanding model iPhone 13 Pro, menurut penganalisis Ming-Chi Kuo.

Kuo tidak mendedahkan harga yang tepat untuk model iPhone 14 Pro. Bagaimanapun, dalam tweetnya hari ini, beliau menganggarkan purata harga jualan iPhone 14 secara keseluruhan akan meningkat kira-kira 15% berbanding iPhone 13.

Di Amerika Syarikat, iPhone 13 Pro dijual bermula pada harga $999 (RM 4,442.63) dan iPhone 13 Pro Max bermula pada $1,099 (RM 4,887.34). Sekiranya terdapat kenaikan harga sebanyak 10% kepada model Pro, harga iPhone 14 Pro akan bermula pada $1,099 (RM 4,887.34). , manakala iPhone 14 Pro Max pula bermula pada harga $1,199 (RM 5,331.74). Walau bagaimanapun, belum ada lagi harga yang tepat dapat didedahkan.

Imej via macrumors

Khabar tentang ciri utama baru pada model iPhone 14 Pro ialah termasuk potongan berbentuk pil yang baru dan lubang pada skrin menggantikan notch, cip A16 yang lebih pantas, lensa kamera belakang 48 megapiksel yang dinaik taraf dengan sokongan untuk rakaman video 8K, dan paparan sentiasa hidup yang menunjukkan masa, tarikh, peratusan bateri dan widget Lock Screen baharu iOS 16.

Apple dijangka akan mengumumkan model iPhone 14 pada bulan September seperti biasa.

Sumber: macrumors.com

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *