Peminat Apple telah bersiap sedia untuk keluaran iOS 16, yang dijangka dilancarkan pada bulan September. Tetapi, bagi pemilik iPad, mereka mungkin perlu menunggu lebih lama. Gergasi teknologi itu dijangka menangguhkan pengeluaran iPadOS 16 kira-kira sebulan untuk memberi masa kepada pembangun untuk mengatasi pepijat, lapor Bloomberg pada hari Rabu.

Jika benar, ini akan menjadi kali pertama iPadOS dan iOS tidak dilancarkan secara serentak dalam beberapa tahun. Versi terkini OS telah diumumkan awal tahun ini di WWDC.
Kemas kini iPadOS 16 baharu termasuk Stage Manager, satu ciri yang membolehkan pengguna iPad Pro M1 terbaru boleh berfungsi dengan berbilang tugas, mengubah saiz tetingkap dan menyeret berbilang aplikasi dalam satu masa. Tetapi menurut Bloomberg, orang yang memuat turun iPadOS versi beta iPadOS 16 yang tersedia ada mendapati antara muka (interface) Stage Manager nya mengelirukan.
Kelewatan itu mungkin bermakna OS yang dikemas kini akan dilancarkan bersama-sama dengan M2 iPad Pro yang dikhabarkan mungkin akan hadir pada musim luruh nanti.
Sumber: CNET.com