Arkitek Muyiwa Oki Presiden Royal Institute of British Architects (RIBA) 2022 – 2025

Arkitek Muyiwa Oki telah dipilih menjadi presiden Royal Institute of British Architects (RIBA) yang baru. Oki akan mula mengambil alih tugas presiden itu bermula dari 1 September 2022 sehingga September 2025 menggantikan Presiden Simon Allford.

Arkitek yang kini sedang berkhidmat di syarikat pembinaan global, Mace, berkongsi hasratnya yang mahu membina masa depan yang lebih inklusif dalam kerjaya senibina dan akan memastikan mereka yang merasakan kehilangan hak dan kurang diwakili akan didengari.

Imej via Archdaily

“Saya berharap ini adalah permulaan kepada banyak perkara hebat yang akan datang”

Beliau juga menyatakan perasaannya yang berbangga dengan proses pemilihan yang mana semua peringkat kerjaya, warna kulit dan dari semua golongan dapat bersuara untuk mewakili profesion mereka.

Beliau turut berterima kasih kepada gerakan akar umbi yang memberi sokongan dengan menawarkan platform untuk mewakili pekerja senibina.

Menang Pemilihan RIBA

Arkitek Muyiwa Oki menang selepas mendahului Arkitek Jo Bacon dan Sumita Singha namun menyatakan hasratnya untuk terus bekerja sama dengan mereka dalam menyampaikan ekuiti, ketelusan dan inovasi dalam senibina.

Bagaimanapun, pemilihan Presiden RIBA yang baru itu menunjukkan penurunan jumlah peratusan yang keluar megundi iaitu hanya 12.4 peratus sahaja berbanding 13.2 peratus pada tahun sebelumnya. Beliau akan mempengerusikan badan perwakilan RIBA, Majlis RIBA dan menganggotai Lembaga Pemegang Amanah RIBA.

Foto RIBA Headquaters via Cmglee – Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=20757544

“Ini adalah masa yang menarik untuk RIBA”

Peranan presiden RIBA telah ditubuhkan pada tahun 1835 dan merupakan jawatan terpilih tertinggi dalam senibina di UK. Arkitek Oki adalah yang ke-80.

Logo via Royal Institute of British Architects logo, Fair use, https://en.wikipedia.org/w/index.php?curid=55071202

Presiden RIBA semasa, Simon Allford turut mengucapkan tahniah kepada Oki, sambil menekankan bahawa: “Ini adalah masa yang menarik untuk RIBA kerana kami membentuk organisasi yang lebih ramping, lebih tangkas untuk menyokong keahlian global kami dan melibatkan semua mereka yang berminat dalam senibina. Saya berharap dapat bekerja rapat dengan Muyiwa sebagai presiden dipilih sebelum saya menyerahkan kepadanya pada September 2023.”

Tempoh Khidmat

Arkitek Muyiwa Oki akan menjadi Presiden RIBA yang seterusnya. Beliau akan menyandang jawatan sebagai Presiden Terpilih mulai 1 September 2022 selama satu tahun dan akan berkhidmat sebagai Presiden RIBA selama dua tahun mulai September 2023 higga September 2025.

Sumber: dezeen.com, RIBA

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *