Xiaomi Redmi K50 Ultra turut menawarkan edisi khas Formula 1 “Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team Summer Edition”

Xiaomi melancarkan telefon Redmi pertama dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1, yang turut menampilkan skrin yang mengagumkan seperti dilaporkan gsmarena.
Cipset Snapdragon 8+ Gen 1
Telefon pintar Redmi K50 Ultra ini seperti gabungan K50 Pro dan K50 Gaming tetapi lebih baik dan merupakan telefon Redmi pertama yang menampilkan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 baharu.
Cipset dipasang pada ruang wap berukuran 3,725mm² untuk memastikan cip terus tetap sejuk walaupun selepas lebih 2 jam permainan. Yang menariknya, ia boleh mengekalkan hampir 120fps dalam keadaan itu. Cipset itu dipasangkan dengan pilihan 8 atau 12GB LPDDR5 RAM (6,400Mbps) dan sistem storan UFS 3.1 128GB, 256GB dan 512GB.
Telefon ini juga menawarkan paparan AMOLED berukuran 6.67” selaras dengan model-model lainnya. Panel 12-bit ini boleh menghasilkan 68.7 bilion warna. Untuk perbandingan, K50 Gaming mempunyai panel 10-bit (1,080 x 2,400px) dan K50 Pro mempunyai panel 8-bit (1,440 x 3,220px) dan turut menyokong HDR10+ dan Dolby Vision.
Paparan Skrin
Resolusi yang ditawarkan ialah antara FHD+ dan QHD+, 1,220 x 2,712px, yang boleh mencapai 446ppi. Kalau menurut Xiaomi, paparannya akan kelihatan hampir sama baiknya dengan panel QHD+ bezanya ia menggunakan kuasa yang kurang. Kadar refreshnya ialah 120Hz, kadar touch sampling 480Hz, pemalapan PWM frekuensi tinggi 1,920Hz dan pembaca cap jari yang terpasang pada skrin yang boleh mengukur kadar denyutan jantung.
Kuasa Bateri
Redmi K50 Ultra ini juga didatangkan dengan kuasa batteri 5000mAh, pengecasan pantas 120W dan mampu bertahan selama sehari. Kamera utamanya menawarkan 108MP, 8MP ultra wide dan 2MP lensa macro dan 20MP kamera depan.

Telefon ini dilengkapi dengan sistem 5G beserta dengan sambungan Wi-Fi 6E dan turut dipasangkan NFC dan IR blaster. Pembesar suaranya juga mempunyai sokongan Dolby Atmos.
Harga
Redmi K50 Ultra akan dijual bermula pada harga CNY ¥ 3,000 atau USD 445 (RM 1,978.35) dengan pilihan warna hitam, perak (silver) dan biru.
- 8/128GB = CNY 3,000
- 8/256GB = CNY 3,100
- 12/256GB = CNY 3,400
- 12/512GB = CNY 3,700
- 12/512GB Mercedes F1 Edition = CNY 4,200
Edisi Khas Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team Summer Edition

Yang paling menariknya, kali ini terdapat edisi khas untuk peminat F1 iaitu “Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team Summer Edition”. Siapa yang tidak kenal apatah lagi ada nama PETRONAS. Sebuah nama yang cukup besar. Tetapi ia terhad kepada 20,000 unit sahaja. Siapa cepat, dia dapatlah jawapannya. Harga yang ditawarkan ialah CNY ¥ 4,200 atau USD 623 iaitu sekitar RM 2,769.37.
Infografik







Sumber: GSMArena