Disusun dan diolah oleh: Azizi MY

IMEJ – ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION

Rumah ZE House merupakan idea rekabentuk rumah minimalis yang mengandungi dua (2) aras dan dilengkapi dengan 3 bilik tidur. ZE House membahagikan 2 ruang utama. Ruang utama yang pertama ialah di tingkat atas iaitu ruang privasi keluarga. Manakala, ruang utama yang kedua ialah di tingkat bawah sebagai ruang semi-privasi dan ruang umum.

Ruang

Ruang privasi utama dikhususkan untuk ahli keluarga. Manakala, ruang semi-privasi boleh digunakan juga oleh tetamu dan ruang umum untuk tetamu. 3 bilik tidur dan 1 ruang keluarga diletakkan di tingkat atas yang dilengkapkan dengan ruang meja kerja dan ruang membaca dihadapan bilik tidur 2 dan 3, sedikit terjulur ke hadapan. Di tingkat bawah pula mengandungi ruang tamu, ruang makan tetamu, ruang makan keluarga dan ruang dapur.

Susun atur dapur dan ruang makan kedua disusun dalam satu garis sebagai ruang semi-privasi. Manakala ruang makan tetamu dan ruang tamu disusun dalam satu garis sebagai ruang umum. Tangga naik turun berada di tengah-tengah antara ruang semi-privasi dan ruang umum.

Rekabentuk

Rekabentuk rumah ini adalah mengikut gaya minimalis iaitu gaya ringkas dan ringan. Susun atur pelan lantai tidak padat, tidak banyak dinding dan mempunyai akses ke setiap ruang yang sangat mudah. Sirkulasi atau peredaran pergerakan ke setiap ruang juga adalah sangat straightforward.

Bahagian Luaran

Hampir keseluruhan rumah ini dikelilingi oleh teres dan kaki lima. Sebagai contoh, ruang umum di tingkat bawah mempunyai teres atau kaki lima sekitar 3 kaki lebar dan memanjang mengelilingi ruang umum di tingkat bawah. Kemudian, dituruti anak tangga untuk turun ke halaman.

IMEJ – ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
IMEJ – ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION

Bahagian yang terjulur keluar di tingkat 1 iaitu ruang meja kerja dan ruang membaca juga bertindak sebagai teduhan untuk teres di tingkat bawahnya.

Fasadnya1 juga sangat ringkas dan jelas serta tidak mengenakan banyak aksesori untuk tujuan estetik.

Bukaan Tingkap dan Pintu

Untuk memberikan suasana yang lebih cerah dan luas, bukaan tingkap kaca yang labuh dan lebar digunakan. Begitu juga dengan pintu gelangsar kaca. Saiz bingkai dan panel pintu gelangsar yang digunakan juga adalah lebar. Bukaan pintu dan tingkap kaca digunakan untuk menambahkan rasa yang lebih luas di dalam rumah dan perasaan terus berhubung dengan persekitaran halaman rumah.

  • Jurureka senibina: ZIZI + EUDA STUDIO (Architectural Designer)
  • Gaya senibina : Minimalis
  • Saiz :
  • Ukuran :
  • Jumlah bilik : 3
  • Jumlah tingkat : 2
IMEJ – ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
IMEJ – ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

September 2022
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 14
  • 541,475