Bank Dunia Beri Amaran Krisis Ekonomi Kritikal Tahun Depan

Dipetik dari Berita Harian, dunia mungkin terjerumus ke dalam kemelesetan pada 2023 ketika bank-bank pusat di seluruh global secara serentak menaikkan kadar faedah untuk bertindak balas terhadap inflasi, Bank Dunia memberi amaran.

Bank-bank pusat di seluruh dunia menaikkan kadar faedah tahun ini pada tahap yang tidak pernah disaksikan sejak lima dekad lalu, trend yang berkemungkinan berterusan sehingga tahun depan.

Bagaimanapun, menurut kajian, trajektori kenaikan kadar faedah dan tindakan dasar lain mungkin tidak mencukupi untuk menurunkan inflasi global ke paras seperti sebelum pandemik.

Menurut kajian itu, pelabur menjangkakan bank-bank pusat akan menaikkan kadar dasar monetari kepada hampir empat peratus sepanjang tahun 2023, iaitu peningkatan sebanyak dua mata peratusan berbanding purata pada 2021.

Kose berkata, “Pembuat dasar di pasaran sedang pesat membangun dan ekonomi sedang membangun perlu bersedia menguruskan potensi kesan daripada pengetatan dasar secara serentak di seluruh dunia,”

“Kebimbangan utama saya adalah trend ini akan berkekalan, dengan kesan berpanjangan yang buruk kepada penduduk di pasaran sedang pesat membangun dan ekonomi sedang membangun,” kata Presiden Bank Dunia, David Malpass.

“Bagi mencapai kadar inflasi rendah, kestabilan mata wang dan pertumbuhan lebih pantas, pembuat dasar perlu mengalihkan tumpuan daripada mengurangkan penggunaan kepada meningkatkan pengeluaran,” kata Malpass.

“Dasar-dasar perlu melihat untuk menjana pelaburan tambahan selain meningkatkan produktiviti dan peruntukan modal, yang penting bagi pertumbuhan serta mengurangkan kemiskinan,” kata Malpass.

Sumber: Bharian

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *