Disusun dan diolah oleh: Azizi MY

IMEJ – ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION

SATUHOUSE merujuk kepada 1 unit rumah yang kecil, kurang daripada 1000 kaki persegi. Bentuk dari hadapannya seakan nombor satu dalam tulisan arab, menjadi sebab ia diberi nama SATUHOUSE. Rumah kecil / tiny house ini mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1 dapur, 1 ruang tamu dan 1 ruang makan. Bilik tidur utama mempunyai bilik air sendiri. Manakala bilik tidur 2 dan 3 berkongsi bilik air.

Bilik tidur utama berada di belakang bersebelahan dengan bilik tidur 2. Bilik tidur 3 berada di tengah antara dapur dan bilik tidur utama. Ruang dapur disatukan dengan ruang makan. Ruang tamu pula terletak di antara ruang makan dan bilik air. Dapur berada di hadapan yang boleh diakses dari pintu hadapan atau pintu dapur sendiri.

Oleh kerana saiz dan ukurannya yang kecil, penggunaan perabot dan kabinet perlu mengikut kesesuaian ruang yang ada.

https://youtu.be/eA6UJ4jmD10
VIDEO : ZIZI + EUDA STUDIO CHANNEL

Bukaan

Bukaan yang digunakan untuk rumah kediaman yang kecil ini juga agak minima kecuali di ruang tamu yang menggunakan pintu gelangsar kaca untuk memberikan pemandangan yang lebih luas selain membenarkan lebih banyak cahaya dan udara semula jadi memasuki ruang dalam rumah.

IMEJ – ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
IMEJ – ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION

Akses

Kaki lima turut diletakkan di hadapan ruang tamu bermula dari tangga hadapan terus ke bilik belakang untuk memudahkan akses ke semua ruang yang ada. Bilik tidur utama dan bilik tidur kedua mempunyai teres sendiri yang dapat diakses melalui kaki lima yang disediakan.

Rumah SatuHouse

  • Jurureka senibina : ZIZI + EUDA STUDIO (Architectural Designer)
  • Gaya senibina : Rumah bangsal (barn house)
  • Keluasan : 700 kaki persegi
  • Jumlah tingkat : 1
  • Bilik tidur : 3

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

October 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 48
  • 541,509