Arkitek Zaha Hadid Memenangi Pertandingan Rekabentuk Pusat Sukan Antarabangsa Hangzhou di China

Disusun dan diolah oleh : Azizi MY

Dipetik daripada Archdaily, Zaha Hadid Architects telah diumumkan sebagai pemenang rekabentuk Pusat Sukan Antarabangsa (International Sport Centre) Hangzhou yang baru. Projek itu mengandungi stadium bola sepak 60,000 tempat duduk dan padang latihan, 19,000 tempat duduk untuk stadium tertutup serta pusat akuatik dengan dua kolam sepanjang 50 meter. Pembangunan ini adalah sebahagian daripada Daerah Kebudayaan Sains dan Teknologi Masa Depan Hangzhou dan dihubungkan dengan baik dengan rangkaian metro bandar yang semakin berkembang.

IMEJ – Archdaily

Projek ini adalah tindak balas kepada peningkatan populasi Hangzhou, iaitu kawasan yang banyak syarikat teknologi terbesar China. Pusat sukan itu bertujuan menyediakan pelbagai kemudahan untuk pemain akar umbi mahupun atlet profesional. Rekabentuk kompak membolehkan tapak itu diubah menjadi ruang awam terbuka untuk bandar, taman dan tempat berkumpul, bersantai dan rekreasi di sepanjang tebing sungai.

IMEJ – Archdaily
IMEJ – Archdaily

Rekabentuk stadium bola sepak merupakan tempat yang terbesar direkabentuk mengikut piawaian antarabangsa FIFA. Fasad stadium pula terbuka ke arah luar dan dilitupi dengan louvers untuk melindungi teres yang menempatkan pelbagai kedai makan dan minuman dengan panorama ke seluruh bandar. Dari dekat, ia kelihatan seperti geologi berstrata. Apabila dilihat dari jauh pula ia nampak seperti lutsinar. Menghubungkan ruang bawah tempat dudul stadium dengan bandar sekitarnya.

IMEJ – Archdaily
IMEJ – Archdaily

Stadium tertutup bukan sahaja untuk acara sukan, tetapi juga untuk acara besar seperti acara muzik dan kebubayaan. Di sampingnya pula ialah pusat akuatik yang mempunyai kolam renang sepanjang 50 meter untuk pertandingan, latihan dan kelas renang atau terjunan dari peringkat bawah sehingga ke peringkat elit.

Sumber: Archdaily

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *