Disusun dan diolah oleh: Azizi MY
Rekabentuk 8 Shenton Way, sebuah menara setinggi 305 meter telah didedahkan oleh Skidmore, Owings & Merrill (SOM). Bangunan itu akan menjadi bangunan Tertinggi Singapura dan dalam pada masa yang sama merupakan salah satu bangunan pencakar langit paling mampan di Asia.
Dengan kerjasama DCA Architects, bangunan itu akan mengandungi ruang orang ramai, pejabat, kedai, hotel, dan kediaman dijadual siap pada tahun 2028. Ia juga akan menjadi mercu tanda terbaru di Singapura, bersama-sama dengan Marina Bay dan Menara CapitaSpring.
Menara 63 tingkat itu akan menghubungkan persimpangan Daerah Pusat Perniagaan Singapura (CBD) dan Marina Bay, kejiranan Tanjong Pagar yang bersejarah, dan Greater Southern Waterfront. Menara itu juga akan menghubungkan rangkaian pejalan kaki bawah tanah Singapura, termasuk sambungan bawah tanah terus ke koridor kereta api dan jalan basikal, sepanjang lebih daripada 500 km.
Alam Semula Jadi dan Kelestarian
Aspek utama disebalik projek ini ialah alam semula jadi dan kelestarian. Menara ini diilhamkan oleh hutan buluh, struktur biofilik yang bergema dengan unsur menegak yang terdapat di alam semula jadi. Pemilihan bahan akan meminimumkan penghasilan karbon dari sifar sisa pembuatan terracotta kepada penggunaan buluh. Menyasarkan Pensijilan Building Construction Authority of Singapore (BCA) Green Mark Platinum, bersamaan dengan pengurangan tenaga sebanyak 55%.
Menurut Nic Medrano, Principal SOM Design, selepas mengharungi pandemik, detik ini memberikan peluang kepada arkitek untuk meneroka pendekatan baharu untuk menyediakan rekabentuk berasaskan kesihatan. Projek itu menggabungkan alam semula jadi, warisan, sambungan kepada transit, kehidupan mewah, tempat kerja yang sihat dan orang ramai menjadi hab yang maju untuk komuniti.
Menggunakan semula sebahagian asas dan infrastruktur sedia ada di tapak dapat meminimumkan penggunaan bahan dan karbon ketika pembinaan. Fasad bangunan akan dibina daripada kaca yang cekap tenaga dan boleh dikitar semula. Ia juga akan dihasilkan melalui proses rendah karbon, sambil mengasingkan sisa dan menggunakan bahan yang diperakui Singapore Green Building Council.
Mengutamakan Kesihatan
Dengan keluasan lebih 148,000 meter persegi ruang lantai, projek itu bakal menggabungkan pelbagai ciri pasca-pandemik dan mengutamakan kesihatan penyewa. Teknologi tanpa sentuhan, bahan antimikrob, aliran udara dan penapisan semula jadi yang dipertingkatkan. Ruang dalaman yang boleh disesuaikan dan ruang luar berlandskap yang besar secara kolektif mencipta tawaran yang teguh bagi kawasan yang lebih sihat dan tertumpu kepada kesihatan di tengah-tengah bandar.
Sumber: Archdaily