Disusun dan diolah oleh: Azizi MY
Dipetik daripada CarSifu.my, Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menjalinkan kerjasama dengan Gamuda Land untuk membina dua stesen pengecasan untuk kenderaan elektrik (EV) di Selangor.
Syarikat-syarikat itu telah menandatangani memorandum persefahaman untuk membangunkan “Stesen Elektron” pertama di Malaysia di Gamuda Cove dan Gamuda Gardens untuk komuniti dan pengunjung taman tema air di Gamuda Cove.
Stesen-stesen itu, dijangka memberi perkhidmatannya menjelang 2025. Ia akan dikuasakan oleh panel solar atas bumbung yang akan menyokong persekitaran yang lebih hijau.
Dikatakan ia akan serasi dengan semua jenis kenderaan seperti hibrid, hibrid plug-in dan EV sepenuhnya termasuk pengecasan pantas. Konsepnya sama seperti stesen minyak konvensional yang akan menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti kedai makanan dan minuman, kedai serbaneka dan banyak lagi untuk pengguna.
MoU itu bakal membuka jalan kepada usaha meningkatkan penggunaan EV.
Sumber: Carsifu.my