Qatar telah dipilih menjadi tuan rumah kejohanan Piala Dunia 2022. Pemilihan Qatar sebagai tuan rumah menjadikan Piala Dunia kali ini yang pertama di adakan di tanah arab. Ia juga merupakan kali kedua diadakan di negara Asia selepas Korea dan Jepun pada tahun 2002.

Pusingan akhir Piala Dunia kebiasaannya akan melibatkan 32 buah pasukan yang layak. Kejohanan yang akan berlangsung di Qatar ini merupakan yang terakhir yang akan melibatkan 32 buah pasukan. Ini kerana, pada kejohanan Piala Dunia 2026 nanti, jumlah pasukan yang terlibat ialah sebanyak 48 buah pasukan dan akan diadakan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Pasukan yang terlibat dalam pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar ini ialah:

  • Kumpulan A, Qatar, Ecuador, Senegal dan Netherland.
  • Kumpulan B, England, Iran Amerika Syarikat dan Wales.
  • Kumpulan C, Argentina, Arab Saudi, Mexico dan Poland.
  • Kumpulan D, Perancis, Australia, Denmark dan Tunisia.
  • Kumpulan E, Sepanyol, Costa Rica, Jerman dan Jepun
  • Kumpulan F, Belgium, Kanada, Morocco dan Croatia
  • Kumpulan G, Brazil, Serbia, Switzerland dan Cameroon
  • Kumpulan H, Portugal, Ghana, Uruguay dan Republik Korea

Berikut pula 8 buah stadium yang terlibat sepanjang kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar.

1. Stadium Al-Bayt, Al Khor, Qatar.

IMEJ VIA QATAR 2022

Stadium Al Bayt akan menjadi hos untuk perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 pada 21 Novermber 2022 (Ditukar kepada 20 November 2022) iaitu perlawanan antara Qatar menentang Ecuador. Stadium ini dapat menampung jumlah penonton sehingga 60,000 orang. Lokasinya terletak di daerah Al Khor, iaitu 60 KM dari ibu kota Qatar, Doha.

Stadium ini telah dirasmikan pada tahun 2020, berkeluasan 200,000 meter persegi. Stadium Al Bayt merupakan salah satu daripada 5 stadium yang baru dibina untuk kejohanan Piala Dunia 2022.

Rekabentuk

Stadium ini direka oleh Salini Impregilo. Daripada rekabentuk senibina stadium ini, Qatar berusaha untuk membawa para pengunjung untuk mengalami dan menikmati kebudayaan tradisional di rantau itu.

Fasad (rekabentuk luaran) stadium ini berbentuk seperti khemah besar yang menutupi bahagian luar stadium setinggi 37 meter. Struktur seperti khemah besar itu diperbuat daripada polytetrafluoroethylene (PTFE) diilhamkan daripada khemah tradisional hitam dan putih yang dipanggil Bayt Al Sha’ar.

Stadium ini mengandungi 3 aras tempat duduk. Aras 1 dan 2 menggunakan teknik struktur pra-tuang konvensional (conventional pre-cast) dan 1 aras lagi menggunakan teknik struktur keluli modular.

Cadangan Selepas Kejohanan Piala Dunia

Kebiasaannya, selepas kejohanan Piala Dunia, stadium-stadium yang dibina akan terbiar dan tidak ditangani dengan baik. Tetapi, di Qatar, selepas kejohanan Piala Dunia 2022 tamat, stadium ini dikecilkan dan menjadi pusat membeli belah, hotel, pusat rekreasi dan daya tarikan lain. Tempat duduk atas akan dinyahpasang/ditanggalkan dan dihantar ke negara membangunan untuk pembinaan stadium baru.

2. Stadium Lusail, Bandar Lusail

IMEJ VIA QATAR 2022
IMEJ OLEH DZ CREATION

Stadium Lusail merupakan stadium yang terbesar di Qatar. Ia terletak sekitar 20 KM dari Bandar Doha. Stadium yang boleh memuatkan jumlah penonton 80,000 orang ini telah ditetapkan untuk menjadi hos perlawanan akhir Piala Dunia 2022.

Rekabentuk

Stadium ini direka oleh Arkitek Foster + Partners dengan kerjasama Arup dan pakar sukan Populous. Fasad stadium mempunyai bukaan segi tiga untuk mencipta skrin berlubang tanglung fanar yang terdapat di rantau arab. Tujuannya untuk memberikan teduhan dan dalam waktu yang sama, menapis jumlah cahaya memasuki ruang dalam untuk disesuaikan dengan iklim Qatar.

Bumbung jaring kabel ‘roda jejari’ dengan diameter 307 meter merupakan salah satu bumbung rangkaian kabel tegangan terbesar di dunia. Gelang mampatan luar bersambung kepada gelang tegang pusat oleh sistem kabel yang kompleks.

Ruang Komuniti

Sama seperti Stadium Al Bayt, Qatar telah merancang untuk kebaikan di masa hadapan. Selepas kejohanan besar itu, Stadium Lusail itu akan diubah menjadi ruang komuniti seperti sekolah, kedai, kafe, kemudahan sukan dan klinik kesihatan.

3. Stadium Ahmad Bin Ali, Al Rayyan

IMEJ VIA QATAR 2022

Stadium Ahmad Bin Ali terletak di Umm Al Afaei, pinggir padang pasir iaitu sekitar 20 KM dari Bandar Doha. Stadium ini merupakan stadium

Rekabentuk

Direka oleh Pattern Design and Ramboll, rekabentuk stadium mencerminkan aspek budaya dan tradisi tempatan. Fasad stadium mencerminkan alur beting pasir manakala corak geometri yang rumit mencerminkan keindahan padang pasir, flora dan fauna asli, serta perdagangan tempatan dan antarabangsa.

Stadium ini dikatakan menggunakan 80% bahan terpakai daripada stadium asal. Pokok yang ada disekitarnya juga dikekalkan.

Stadium ini menjadi stadium rasmi Al Rayyan SC selepas tamat kejohanan Piala Dunia 2022.

4. Stadium Al Janoub, Al Warkah

IMEJ VIA QATAR 2022

Stadium Al Janoub mempunyai 40,000 kapasiti. Terletak di daerah Al Wakrah iaitu 22 KM ke arah selatan dari Bandar Doha iaitu sebuah bandar yang penuh dengan sejarah. Stadium ini direka oleh AECOM dan Zaha Hadid Architects.

Rekabentuk

Rekabentuk stadium mencerminkan kapal layar dhow tradisional Qatar. Ia sebagai penghormatan kepada aktiviti memancing dan penyelaman mutiara Al Wakrah. Stadium ini dibina dengan sistem penyejukan dan bumbung yang boleh ditarik balik.

Selepas Piala Dunia, kapasiti stadium Al Janoub akan dikurangkan yang mana kerusi didermakan kepada projek sukan lain di seluruh dunia. Stadium ini akan menjadi tempat perlawanan bagi Al Wakrah SC.

Di sekelilingnya terdapat taman dengan kemudahan sukan dan riadah yang memberi manfaat kepada seluruh komuniti untuk tahun-tahun yang akan datang.

5. Stadium Al Thumama, Doha

IMEJ VIA QATAR 2022

Stadium Al Thumama berada di 12 KM ke selatan dari Bandar Doha. Arkitek yang merekabentuk stadium ini ialah Arkitek Ibrahim M Jaidah, seorang arkitek Qatar. Rekabentuk stadium ini diinspirasikan daripada bentuk gahfiya tau kopiah yang selalu dipakai oleh lelaki arab.

Selepas tamat Piala Dunia, kapasiti stadium ini dikurangkan daripada 40,000 kepada 20,000. 20,000 tempat duduk atas yang dialihkan akan dijadikan 60 bilik hotel.

Stadium Al Thumama menjadi hos perlawanan sehingga peringkat suku akhir kejohanan.

6. Stadium Education City, Ar Rayyan

IMEJ VIA QATAR 2022

Ideanya, menggabung bola sepak dan ilmu. Bertepatan dengan lokasinya, Stadium Education City ini terletak di kawasan Education City yang dikelilingi dengan sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Stadium Education City yang direka oleh Fenwick-Iribarren Architects dan Pattern Design mempunyai fasad geometri teselasi yang boleh berubah warna apabila cahaya matahari mencecah permukaannya.

Stadium itu adalah stadium pertama daripada Stadium Paila Dunia Qatar 2022 yang dianugerahkan penarafan lima bintang untuk kemampanan daripada Global Sustainability Assessment System (GSAS).

Rekabentuk

Rekabentuk stadium ini menggabungkan ultra-moden stadium dengan senibina Islam tradisional. Fasad stadium, bentuk segi tiga mencipta corak geometri seperti berlian yang berkilauan apabila matahari melintasi stadium. Suasana pada waktu malamnya juga sangat luar biasa.

Di sekitar kampus, anda akan menemui banyak kemudahan sukan dan riadah kelas pertama. Perancangan Qatar ialah, selepas tamat Piala Dunia, lebih banyak kemudahan akan ditambah ke kawasan stadium untuk memastikan penduduk tempatan dan komuniti akademik menikmati persekitaran yang sihat.

Stadium ini menjadi hos perlawanan sehingga peringkat suku akhir dan menjadi rumah kepada pasukan kebangsaan wanita Qatar dan dua sekolah selepas Piala Dunia berakhir.

7. Stadium Khalifa International, Al Waab

IMEJ VIA DEZEEN

Stadium Antarabangsa Khalifa juga mempunyai kapasiti 40,000 orang penonton. Stadium ini merupakan stadium lama yang telah dirasmikan pada tahun 1976 dan terkenal di Qatar.

Pengubahsuaian

Untuk menghadapi Piala Dunia, stadium ini telah melakukan pengubahsuaian terhadap fasadnya serta penambahan tempat duduk yang baru sebanyak 12,000. Dua struktur gerbang stadium merupakan ciri yang paling dikenali. Masih utuh, tetapi sekarang ia tampil dengan kanopi lebar yang terbentang di bawahnya. Stadium ini lengkap dengan sistem penyejukan untuk mengekalkan suhu yang selesa untuk pemain dan peminat.

Stadium ini telah berkhidmat sebagai stadium nasional Qatar dan telah menganjurkan pelbagai acara sukan sejak ia dibuka. Ia dijadikan hos perlawanan Piala Dunia 2022 sehingga play-off tempat ketiga.

8. Stadium 974

IMEJ VIA QATAR 2022

Terletak di Ras Abu Aboud, iaitu 10 KM di timur Bandar Doha. Stadium 974 dibina sepenuhnya daripada kontena dan keluli modular. Stadium ini merupakan stadium bola sepak berbumbung pertama dalam sejarah FIFA Piala Dunia yang boleh dinyahpasang sepenuhnya. Ini jelas menunjukkan komitmen Qatar terhadap kemampanan yang menjimatkan kos serta rekabentuk berani.

Stadium 974 direka oleh Arkitek Sepanyol Fenwick-Iribarren Architects.

974 Kontena

974 menunjukkan jumlah kontena perkapalan yang digunakan dan disusun melengkung untuk menempatkan 40,000 tempat duduk. Penggunaan kontena adalah sebagai penghormatan kepada tradisi perdagangan dan pelayaran sedunia Qatar yang telah lama wujud. Terletak di kawasan tepi pelabuhan dan bandar pantai Doha, peminat di Stadium 974 dapat merasai angin sejuk ketika ia bergerak dari Teluk Arab.

Digunakan Semula

Selepas Piala Dunia, kontena dan struktur stadium akan digunakan semula untuk pembangunan tepi laut. Ia menawarkan kemudahan untuk komuniti setempat akan dihidupkan, serta hab perniagaan yang dinamik. Walaupun konsep baru stadium ini bersifat sementara, tetapi legasinya akan kekal selama-lamanya.

Terletak di Ras Abu Aboud, ia akan menganjurkan perlawanan sehingga pusingan 16 semasa Piala Dunia.

Sumber: Qatar2022, Dezeen. Featured photo: Qatar 2022

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 22
  • 541,483