Oleh: Azizi MY

Konsep Vertical Forest oleh Studio Itali Stefano Boeri untuk projek pencakar langit Dubai telah didedahkan pada persidangan iklim COP27 di Sharm El Sheikh, Mesir. Projek yang akan mengintegrasikan 2,640 pokok dan 27,600 pokok renek pada fasad bangunan itu akan dibangunkan bersama-sama dengan sistem rumah hijau dan taman hidroponik.

IMEJ VIA Stefano Boeri Architetti

Taman hidroponik direka untuk tanaman menegak dengan menggunakan penyelesaian nutrien mineral berasaskan air sebagai ganti kepada tanah.

Pelaburan oleh Impact One itu bertujuan untuk memberi manfaat kepada Menurut studio itu, projek itu telah ditugaskan oleh inisiatif pelaburan Impact One untuk membawa manfaat “perhutanan bandar” ke Dubai.

“Projek yang ditugaskan oleh Impact One, mewakili prototaip Vertical Forest/Hutan Vertikal pertama untuk kawasan MENA (Middle East/North Africa atau Timur Tengah dan Afrika Utara) dengan tujuan menyepadukan faedah perhutanan bandar seperti penyerapan zarah habuk halus, pengawalan iklim mikro dan pengurangan kesan rumah hijau bersama-sama dengan inovasi sebagai sebahagian daripada pengurusan sistem air dalam iklim gersang dan pengoptimuman pengeluaran tenaga daripada sumber boleh diperbaharui,” kata Stefano Boeri Architetti.

Pada tahun 2014, Stefano Boeri Architetti telah membangunkan projek bangunan berkonsep Vertical Forest mengikut kesesuaian iklim tempatan. Prototaip pertamanya ialah di Milan seterusnya projek di Eindhoven, Huanggang dan Bandar Pentadbiran Baru Mesir.

IMEJ VIA Stefano Boeri Architetti

Vertical Forest terdiri daripada bangunan pencakar langit dengan fasad yang ditanam, dengan konsep yang direka sebagai cara untuk menggabungkan pembangunan kediaman berkepadatan tinggi dengan penanaman pokok di pusat bandar.

Visual Vertical Forest di Dubai ditunjukkan di tapak yang berhampiran dengan air. Ia merupakan bangunan pencakar langit dengan tanaman dapat dilihat pada fasadnya. Bentuknya mengecil dari bawah ke atas dan seperti bergerigi dan terdapat balkoni di puncaknya. Jika dilihat kepada rekabentuknya, ia menyerupai bangunan pencakar langit, Valley di Amsterdam oleh Arkitek Belanda MVRDV.

Gabungan sistem penyahgaraman dan pemulihan air serta penggunaan fotovoltaik dapat menyumbang sumber tenaga bersih kepada bangunan. Menurut Stefano Boeri Architetti, bahagian “pengurusan kitaran air” dan penggabungan sumber tenaga boleh diperbaharui tidak kelihatan dalam pendedahan itu.

Studio uatma Stefano Boeri Architetti ialah berada di Milan, tetapi ia bekerja dari Shanghai, China dan Tirana, Albania.

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 47
  • 541,508