Ada banyak monitor komputer yang boleh dipilih mengikut kepada kesesuaian kegunaan harian sama ada untuk kerja atau pun untuk bermain permainan (game) komputer. Saiz monitor bermula dari 19 inchi hingga 49″ inci. Tetapi, untuk paparan skrin yang baik dan selesa, disyorkan untuk mencari monitor bersaiz 24″ ke atas. Apatah lagi, untuk mereka yang bekerja dalam bidang kreativiti.

Untuk artikel ini, kami akan senaraikan 5 skrin monitor 24″ inci yang mengikut pandangan kami adalah terbaik berdasarkan kepada harga bawah RM600.

LG 23.8″ 24MP400 IPS FHD

IMEJ VIA LG

True Color at Wide Angles atau Warna Sebenar pada Sudut Lebar. Monitor LG model ini merupakan monitor 24 inci jenis panel IPS Full HD 1920 x 1080. Masa tindak balas dipendekkan dan pengguna boleh melihat skrin pada sudut lebar. 3-Side Virtually Borderless Design atau bezel tipis pada 3 sisi yang tidak mengganggu ketepatan skrin. Ergonomic Design. Rekabentuk yang ergonomik adalah untuk membantu ruang kerja yang selesa, aras mata dan postur badan. Skrin boleh dicondongkan mengikut keselesaan mata dan tapak kaki monitor yang berbentuk segi empat untuk mengoptimumkan ruang kerja.

Antara ciri penting monitor ini ialah ciri Eye-care untuk Mod Pembaca (Reader Mode) dan Flicker Safe untuk mengurangkan keletihan dan memberikan keselesaan mata. Boleh laraskan suhu warna dan kecerahan.

Spesifikasi

  • Saiz: 23.8″ Inci
  • Resolusi: 1920 x 1080 max. 75Hz
  • Panel: IPS
  • AMD FreeSync
  • Sambungan: HDMI dan D-Sub
  • Berat: 2.3kg – 2.6kg

Harga yang ditawarkan sekitar RM520 ke RM599. Boleh semak di paltform berikut:

SAMSUNG 24″ FLAT T35 SERIES

IMEJ VIA SAMSUNG

Antara ciri yang terdapat pada Samsung 24″ T35 atau LF24T350FHEXXM ini ialah mempunyai 3-sided border-less screen, Full technicolor dan Eye Saver Mode. Ciri lainnya ialah panel jenis IPS, AMD FreeSync dan maksimum 75Hz refresh rate.

Pandangan yang luas

Rekabentuk yang minimalis salah satu ciri yang paling disukai kebanyak pengguna komputer. Selain dapat memberikan paparan skrin yang luas tanpa gangguan bingkai, monitor skrin ini boleh menyediakan persekitaran ruang kerja yang bersih dan kemas.

Salah satu ciri yang ada dikebanyakan monitor ialah AMD radeon FreeSync. Ciri ini untuk memastikan refresh rate grafik adalah seiring dan mengurangkan koyakan pada imej. Terutamanya ketika bermain permainan dan menonton filem. Tambahan pula, refresh rate monitor ini boleh dicapai sehingga tahap maksimum 75Hz untuk adegan yang lebih lancar.

Ciri yang penting bagi setiap monitor ialah ciri penjagaan dan perlindungan mata melalui Eye Saver Mode. Ciri ini sangat penting terutamanya jika anda perlu melihat skrin komputer pada tempoh yang agak lama. Kurang tegang, mata tidak penat dapat menambahkan rasa selesa pada mata.

Spesifikasi

  • Saiz: 24″ Inci
  • Resolusi: Full HD 1920 x 1080, maksimum 75Hz
  • Panel: IPS
  • AMD FreeSync
  • Sambungan: HDMI dan D-Sub
  • Berat: 2.4kg – 2.7kg

Harga yang ditawarkan sekitar RM450 ke RM499. Boleh semak di paltform berikut:

ACER 24″ NITRO VG240Y GAMING MONITOR

IMEJ SOURCE

Monitor Acer 24″ Nitro VG240Y ini menawarkan refresh rate maksimum 75Hz dan masa respon 1ms. Rekabentuk paparan skrin tanpa bezel juga salah satu ciri yang ada dalam model Acer ini. Sama seperti model Sambung dan LG, monitor pada harga kurang RM500 ini juga mempunyai ciri AMD FreeSync untuk pengalaman bermain permainan komputer dan menonton filem dengan lancar. Termasuk 3 tahun waranti.

IMEJ SOURCE

Spesifikasi:

  • AMD FreeSync
  • Saiz paparan : 23.8″, Full HD (1920×1080), 75Hz
  • Response Time : 1ms (VRB)
  • Input Interface : VGA+HDMI+HDMI+SPK+Audio in+Audio out
  • Ciri lain : Acer Vision Care (Flicker-less, BlueLightShield)

Harga yang ditawarkan sekitar RM450 ke RM489. Boleh semak di sini:

HP M24f FHD Monitor

IMEJ VIA HP

Satu lagi monitor bawah RM600 dengan skrin 24″ inci ialah HP M24f FHD. Ukuran penuh paparan skrin ialah 23.8″ inci dan bezel tipis 3 sisi. Monitor dengan panel jenis IPS paparan skrin 1920 x 1080 ini dilengkapkan dengan ciri utama seperti 99% sRGB color gamut untuk ketepatan warna, AMD FreeSync dan maksimum refresh rate 75Hz.

Ciri penting yang ditawarkan oleh monitor ini saama seperti model di atas iaitu teknologi Eyesafe untuk melindungi mata. Bentuknya yang nipis dan minimalis memberi kelebihan kepada pengguna ketika bekerja di samping menyediakan ruang kerja yang kemas, dan kelihatan ringan.

IMEJ VIA HP
IMEJ VIA HP

Spesifikasi:

  • AMD FreeSync
  • Saiz paparan : 23.8″, Full HD (1920×1080), 75Hz
  • Response Time : 5ms (GtG)
  • Input Interface : 1 VGA, 1 HDMI

Semak harga di Shopee dan Lazada.

AOC 24G2E5 23.8

IMEJ VIA AOC

Dengan masa tindak balas segera (Response Time) 1ms dan Teknologi FreeSync, 24G2E5 mengurangkan gangguan skrin, kabur untuk meningkatkan prestasi permainan. Mod HDRnya, bersama-sama dengan gamut 80% DCI-P3 dan panel jenis IPS. Monitor ini lengkap dipasangkan dengan VGA x 1, HDMI 1.4 x 2, DisplayPort 1.2 x 1.

IMEJ VIA AOC
IMEJ VIA AOC

Harga pasaran ialah RM 799. Bagaimana pun, ada promosi dengan harga RM559.

Spesifikasi

  • Saiz: 23.8″
  • Panel: IPS
  • Resolution: 1920 x 1080
  • Berat: 2.85kg – 3.68kg

Harga terkini / promosi, boleh semak di sini:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 159
  • 561,993