Rozana Montiel telah dianugerahkan ARVHA International Prize 2022 untuk Arkitek Wanita, yang dianjurkan oleh ARVHA (Persatuan untuk Penyelidikan Bandar dan perumahan) dengan sokongan Wilayah Ile de France, Majlis Tinggi Persatuan Arkitek Perancis (CNOA), Pavillon de l ‘Arsenal dan Kota Paris.

Matlamat anugerah ini adalah untuk menyerlahkan kerja dan kerjaya arkitek wanita, supaya arkitek wanita muda dapat diilhamkan oleh model peranan wanita yang muncul dan menggalakkan pariti dalam profesion yang selalunya didominasi lelaki.

Rozana Montiel merupakan arkitek Mexico pertama yang menerima pengiktirafan ini, sebelum ini anugerah ini dimenangi oleh Carme Pinós pada tahun 2017, Amanda Levete tahun 2018, Francine Houben tahun 2019, Anna Heringer dan Benedetta Tagliabue ex æquo 2020, dan Farshid Moussavi tahun 2021. Keputusan diumumkan pada hari Selasa iaitu semasa Majlis Anugerah di Pavillon de l’Arsenal di Paris, Perancis.

“Ia adalah satu penghormatan untuk menerima anugerah ini kerana ia mengiktiraf kerja yang dilakukan oleh wanita dan kerana, pada kesempatan ini, ia telah menonjolkan nilai senibina Mexico juga. Terima kasih khas kepada Persatuan ARVHA, Setiausaha Agung ARVHA Catherine Buyot, kepada ahli juri dan kepada Basaltex atas tajaan mereka. Kami mengucapkan tahniah kepada arkitek wanita yang turut dianugerahkan pada tahun ini”. Dalam satu kenyataan oleh Rozana Montiel.

Imej via Archdaily

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 12
  • 541,473