Hujan lebat yang berterusan di sekitar Lembah Klang malam tadi telah menyebabkan beberapa kawasan terjejas banjir termasuk Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Klang.

Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Selangor berkata 7 pusat pemindahan sementara telah dibuka awal pagi tadi yang menempatkan 800 orang dari 200 keluarga.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) itu adalah Dewan Komuniti Taman Gemilang di Sepang, SK Ulu Semenyih, Dewan Komuniti Bangu Lama di Ulu Langat, Dewan Camelia dan Masjid Putra Height di Petaling, Masjid Kg. Johan Setia dan Dewan MPKK di Klang.

Manakala 3 lagi tempat pemindahan sementara masih terus dibuka iaitu di SMK Jeram di Kuala Selangor, Dewan Bagan Nakhoda Omar dan Dewan Simpang 5 di Sabak Bernam.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, tanah runtuh telah berlaku awal pagi ini di Taman Sri Jelok, Kajang melibatkan rumah teres 2 tingkat. Semua mangsa terlibat berjaya dikeluarkan.

Sumber foto di atas: FB PDT Klang

Categories:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 11
  • 541,472