Perdana Menteri, DS Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi yang berkaitan dengan pengurusan bencana dan keselamatan daerah dan negeri supaya sentiasa bersedia menghadapi banjir kilat berikutan beberapa negeri telah dinaiki air awal pagi tadi.

Menurutnya lagi, agensi-agensi terlibat perlu berada dalam keadaan penuh kesiapsiagaan untuk bertindak pantas bagi menjamin keselamatan awam.

“Perintah telah dikeluarkan kepada agensi terbabit termasuk polis dan bomba dan penyelamat,” katanya.

“Semua jawatankuasa pengurusan bencana negeri dan daerah telah diaktifkan.”

Beliau dalam kenyataannya tidak mahu banjir teruk yang berlaku di Sri Muda, Shah Alam pada Disember lalu berulang lagi.

Awal pagi tadi (17 November) banjir kilat dilaporkan telah melanda beberapa kawasan di Lembah Klang, Selangor, Melaka, Kelantan dan Johor susulan hujan lebat sejak malam tadi.

Categories:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 16
  • 541,477