IMEJ VIA

Pada 6 hingga 18 November 2022, satu Persidangan Parti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022 atau COP27 telah diadakan di Sharm El Sheikh, Mesir. Persidangan itu melibatkan lebih 90 ketua negara seluruh dunia dan sekitar 35,000 perwakilan dari 190 buah negara.

Berikutan perubahan iklim yang melanda dunia, persekitaran binaan dilihat memainkan peranan utama dan diiktiraf dalam memastikan sasaran kemampanan dapat dicapai. Oleh itu, matlamat persidangan itu adalah untuk menggalakkan dan membimbing negara-negara seluruh dunia untuk sama-sama mengambil tindakan yang berkesan terhadap perubahan iklim itu.

Sektor binaan mahu diletakkan sebagai sektor kritikal untuk mencapai sasaran masa depan yang berdaya tahan dan sifar pelepasan karbon. Ini kerana, kebanyakan negara tidak menjadikan penyahkarbon bangunan sebagai langkah utama, terutamanya cara untuk menangani bahan-bahan binaan. Oleh itu, Building to COP27 iaitu satu kumpulan pertubuhan dan NGO sedang berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang akibat yang diseumbangkan sektor bangunan.

Dalam persidangan tahun ini, akta Clean Construction Accelerator telah diumumkan dalam usaha untuk mengurangkan separuh pelepasan karbon menjelang tahun 2030. Usaha itu merujuk kepada bangunan baharu dan projek infrastruktur. Sektor karbon bertanggungjawab lebih 23 peratus pelepasan GHG global dan menggunakan lebih 30% sumber global. COP27 turut mengulangi kepentingan mengurangkan pelepasan karbon secara menyeluruh.

Matlamat COP27 telah menerima sokongan daripada syarikat swasta yang menyertai Race to Zero. Ia juga menunjukkan peningkatan sebanyak 2 kali ganda sejak COP26. Arup1 juga telah mengumumkan komitmennya untuk melaksanakan penilaian karbon kitaran hayat bagi semua projek pembinaannya.

Kempen Roof Over Our Heads iaitu salah satu topik utama di COP27 yang merujuk kepada keperluan membina daya tahan iklim di negara-negara membangun. Kempen itu bertujuan untuk menangani kekurangan akses kepada rumah selamat untuk komuniti yang paling terdedah kepada iklim menjelang tahun 2050.

Panduan WorldGBC turut dilancarkan pada COP27 untuk menyediakan prinsip dan strategi yang boleh diguna pakai bagi pelaksanaan iklim daya tahan. Manakala di peringkat urban, sokongan kepada

Cities Race to Resilience juga menerima peningkatan sokongan lebih daripada dua kali ganda sejak 2021, satu inisiatif yang berusaha untuk memastikan matlamat daya tahan iklim ditangani dengan segera sama seperti Summary for Urban Policy Makers.

** Jika terdapat penambahan/pembetulan terhadap artikel di atas, boleh terus maklumkan kepada kami

Nota:

  • 1 Arup ialah firma yang menumpukan sepenuhnya kepada projek pembangunan mampan.
  • 2 Foto sumber

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 12
  • 541,473