AMD Perkenalkan Kad Grafik Tercanggihnya Di Acara GPU RDNA 3

Disusun dan diolah oleh: Azizi MY

Advanced Micro Devices (AMD), sebuah syarikat semikonduktor multinasional melancarkan kad grafik baru yang dibina pada senibina AMD RDNA 3 iaitu kad grafik AMD Radeon RX 7900 XTX dan Radeon RX 7900 XT.

IMEJ VIA ENGAGET

Mengikuti pemproses ciplet AMD “berasaskan Zen” yang sangat berjaya, kad grafik baru itu merupakan kad grafik permainan pertama di dunia yang menampilkan reka bentuk chiplet AMD termaju.

Lisa Su, Presiden dan ketua pegawai eksekutif AMD dalam Twitternya, turut berkongsi foto cip baru itu.

“Selamat hari ini! Ucapkan hello kepada @AMD RDNA 3, GPU permainan chiplet pertama di dunia yang menjana kuasa kad grafik @radeon RX 7900 Series baru kami!”

Rekabentuk ciplet senibina AMD RDNA 3 menggabungkan nod proses 5 nm dan 6 nm, setiap satu dioptimumkan untuk kerja tertentu. Kejayaan senibina itu memberikan sehingga 54 peratus lebih prestasi per watt berbanding senibina AMD RDNA 2. Ia menampilkan sambungan terpantas di dunia yang memautkan ciplet grafik dan sistem ingatan sehingga 5.3 TB/s. Ia juga menawarkan sehingga 96 unit pengiraan bersatu baharu, teknologi AMD Infinity Cache generasi kedua dan sehingga 24 GB memori GDDR6 berkelajuan tinggi dengan antara muka memori sehingga 384-bit.

IMEJ VIA ENGAGET

Menurut Scott Herkelman, “kad grafik baharu ini dibuat oleh pemain untuk pemain. Semasa kami membangunkan kad baharu, kami bukan sahaja menggabungkan maklum balas daripada pelanggan kami, tetapi kami membina ciri dan keupayaan yang ingin kami gunakan,” kata naib kanan Unit Perniagaan Grafik AMD itu.

Cip baharu itu juga termasuk peningkatan daya pemprosesan AI yang memberikan prestasi AI sehingga 2.7 kali lebih tinggi, dan teknologi penjejakan sinar generasi kedua yang menyediakan prestasi pengesanan sinar sehingga 1.8 kali lebih tinggi daripada senibina AMD RDNA 2.

Kad grafik baharu juga menyokong paparan DisplayPort 2.1 yang mampu menyampaikan kadar bingkai ultra tinggi dan visual yang menakjubkan dengan refresh rate 4K 480Hz dan 8K 165Hz.

Kata Herkelman, mereka juga menyedari bahawa mereka perlu melakukan sesuatu yang berbeza untuk terus meningkatkan teknologi dan berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh pasukan dengan AMD RDNA 3 dan kad grafik Radeon RX 7900 Series. Dia menekankan perasaannya yang tidak sabar untuk pemain permainan mengalami prestasi hebat, visual yang sangat jelas dan ciri baharu yang menakjubkan yang ditawarkan oleh kad grafik baharu itu.

Berdasarkan kejayaan komputer riba AMD Advantage, AMD membawa rangka kerja AMD Advantage ke desktop, menggabungkan pemproses AMD Ryzen 7950x dan kad grafik AMD Radeon RX 7900 XTX dengan AMD Software iaitu Adrenalin Edition technology dan teknologi pintar AMD untuk menyampaikan platform terbaik kepada pemain permajnan dan pereka.

Komputer desktop yang diperakui AMD Advantage akan menampilkan teknologi pintar AMD terpilih bakal meningkatkan prestasi, termasuk teknologi AMD Smart Access Memory dan teknologi AMD SmartAccess Video baru yang membahagikan beban kerja penyahkodan dan pengekodan secara bijak merentas pemproses AMD Ryzen dan kad grafik AMD Radeon, memberikan sehingga 30 % dalam pengekodan berbilang strim 4K.

Desktop AMD Advantage dibina untuk permainan berkualitu tinggi, paling tidak mempunyai 2TB storan SSD NVMe, RAM 32GB atau lebih seperti DDR5 AMD EXPO dan mudah disesuaikan.

Sistem desktop ini dijangka akan tersedia tidak lama lagi daripada rakan kongsi SI terkemuka, termasuk CSL, Cyberpower, eBuyer, Falcon Northwest, Maingear, Origin PC dan XIdax.

Sumber: NST

* Jika ada pembetulan/pindaan/tambahan terhadap artikel ini, sila maklumkan kepada kami

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *