Ban Pecah, Tanjong Karang Dinaiki Air

Dipetik daripada Sinar Harian, telah dilaporkan berlaku ban pecah dan limpahan air sungai di kawasan Pekan Tanjong Karang ke kawasan sekitar pada kedalaman 0.5 meter.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, anggota Balai Bomba Tanjong Karang telah dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 4.07 pagi.

Menurutnya, tiada pemindahan penduduk dilakukan kerana tidak melibatkan kawasan perumahan. Tetapi dalam masa yang sama, anggota bomba membuat pemantauan dan bersedia di lokasi.

Tambahnya, air telah naik ke paras 1 meter di sekitar kawasan pasar Tanjong Karang.

Bagaimana pun, katanya, seorang warga emas berusia 70 tahun dipindahkan ke rumah jiran berdekatan kerana rumah wanita itu dinaiki air.

Katanya lagi, air mula menunjukkan trend menurun pada jam 6.30 pagi dan pihak bomba terus menjalankan pemantauan di kawasan sekitar.

Sumber

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *