Dilaporkan oleh Sinar Harian bahawa tiga buah kampung di sini telah dinaiki air ekoran limpahan air Sungai Golok pada hari Sabtu. Kampung tersebut ialah Kg. Tersang, Kg. Tok Deh dan Kg. Padang Licin.
Sekretariat Pengurusan Bencana Pasir Mas berkata, paras air Sungai Golok mencecah 8.10 meter dan berada di paras waspada. Penduduk sedang bersiap sedia untuk perpindah sekiranya paras air melebihi 9 meter. Menurutnya, limpahan air tersebut disebabkan air dari Sungai Weng, Thailand masuk ke dalam Sungai Golok kerana di Thailand sedang hujan lebat. Manakala cuaca di daerah itu mendung.
“Jika air Sungai Golok mencecah 10 meter ia akan melimpahi bandar Rantau Panjang bila-bila masa sahaja,” katanya.
Sumber: MSN