DS Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke-10

Penantian rakyat Malaysia selama 4 hari berkenaan dengan siapa Perdana Menteri Malaysia yang baru akhirnya terjawab, apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH) DS Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia di Istana Negara petang tadi (24 November 2022).

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan DS Anwar ke jawatan tertinggi selepas mengadakan perbincangan dengan Raja-Raja Melayu pagi ini.

Awalnya, baginda meminta PH dan Perikatan Nasional (PN) supaya bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan, tetapi Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, menolak cadangan itu dengan alasan PN tidak dapat bekerjasama dengan PH.

Bagaimana pun, Gabungan Parti Sarawak (GRS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GPS) pada mulanya menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri, namun, kedua-dua gabungan Borneo itu akhirnya bersetuju dengan cadangan YDP Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Majlis Tertinggi Umno turut berkata yang parti itu akan menyokong kerajaan perpaduan selagi mana tidak dipimpin oleh PN.

Nota:

Imej via MSN

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *