Berdasarkan Twitter rasmi Ask Rapid KL, 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama 7 hari bermula hari ini (9 November 2022).
Dalam kenyataan dalam Twitternya, stesen yang terlibat akan ditutup pada 9 November hingga 15 November 2022. 16 stesen itu termasuklah stesen Pasar Seni, Masjid Jamek, Kampung Baru dan KLCC.
Menurut Ask Rapid KL, masalah tersebut mula dikesan pada tengahari Sabtu dan telah dapat diselesaikan pada awal pagi Ahad 6 November. Bagaimana pun, masalah yang sama telah berulang pada hari Isnin 7 November.
Oleh itu, pengguna LRT dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan bas perantara percuma atau mengambil mod pengangkutan alternatif lain.
Stesen lain yang tidak terlibat beroperasi seperti biasa tetapi akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11 malam.
Sumber: As Rapid KL
** Sekiranya terdapat pindaan/pembetulan/tambahan terhadap artikel ini, sila maklumkan kepada kami.