Kumpulan UMW Buka EDCC di Shah Alam

Untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya, Kumpulan UMW, Bahagian Peralatan membuka pusat pelanggan bersepadu baharunya iaitu Pusat Pelanggan Bahagian Peralatan (EDCC) di Kota Kemuning, Shah Alam. Dipetik daripada NST.

Sebanyak 150 orang pekerja ditempatkan di pusat perkhidmatan untuk peralatan berat, peralatan industri dan perniagaan kuasa industri.

EDCC itu dilengkapi dengan 25,000 kaki persegi ruang kedai dan 10,000 kaki persegi fuang pejabat di atas tanah seluas 0.5 hektar.

Kata Presiden Bahagian Peralatan UMW, selaras dengan aspirasi CREST@2021, strategi pertumbuhannya tertumpu kepada meneroka cara untuk membantu pelanggan menangani kebimbangan ekonomi dan kemampanan yang muncul, serta menerima pakai dan menyesuaikan kemajuan teknologi terkini untuk menjadi lebih berdaya saing.

Katanya, mereka terus bekerjasama untuk menyampaikan produk dan penyelesaian yang inovatif kepada pelanggan, termasuk pilihan yang lebih automatik dan mesra alam.

“Pembukaan EDCC menandakan satu peristiwa penting bagi kami ketika kami berusaha untuk menyampaikan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi kepada pelanggan kami,” tambahnya.

Bahagian Peralatan UMW mengedarkan produk peralatan daripada jenama terkenal, termasuk Komatsu Ltd, Bomag, Rosenbauer International, Tennant Company, dan peralatan pengendalian bahan Toyota seperti forklift, trak dan lain-lain.

Ia juga mengedarkan peralatan industri, tayar dan bateri yang berkaitan.

Syarikat itu sedang mempergiatkan usaha untuk menambah nilai kepada perniagaan logistik dan gudang melalui proses automasi dengan sokongan Toyota Material Handling International.

Di samping itu, unit kuasa industrinya menyediakan penyelesaian untuk kuasa industri dan peralatan marin yang disesuaikan.

Sumber

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *