LRT Laluan Kelana Jaya Dibuka Sepenuhnya, Perjalanan Percuma 7 Hari

Myrapid dalam pengumumannya pada 13 November 2022 memberitahu bahawa laluan LRT Kelana Jaya dibuka sepenuhnya pada 14 November 2022.

Menurut Myrapid, ujian yang dijalankan oleh Rapid Rail dan OEM Thales Group, APAD mengesahkan laluan LRT Kelana Jaya selamat dan boleh beroperasi sepenuhnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, En. Mohd Azharuddin Mat Sah berkata kelulusan yang diberikan adalah satu berita yang sangat dinantikan selepas LRT Laluan Kelana Jaya digantung perkhidmatannya.

“Kami berterima kasih kepada APAD dengan kelulusan yang telah diberikan untuk menyambung operasi LRT Laluan Kelana Jaya. Kini kami boleh kembali memberi perkhidmatan sebaiknya kepada seluruh warga kota. Pemantauan sistem akan diteruskan bagi memastikan ia kekal stabil agar perkhidmatan dapat dijalankan dengan selamat.”

“Kami sekali lagi menekankan bahawa keputusan yang diambil adalah demi keselamatan pengguna. Pembukaan penuh perkhidmatan lebih awal daripada jadual ini diharap dapat mengurangkan kesulitan yang telah dilalui oleh pengguna pengangkutan awam, khususnya mereka yang menggunakan LRT Laluan Kelana Jaya.”

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua diatas kesabaran anda ketika tempoh yang sangat mencabar ini. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menghulurkan bantuan dan sokongan terutama sekali pihak Smart Selangor, MARA Liner, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga rakyat Malaysia yang telah memberi bantuan kepada penumpang-penumpang yang terjejas,” tambah En. Azharuddin.

Tambang Percuma dan Pampasan

Pihak Rapid Rail telah memutuskan untuk memberi tambang percuma selama 7 hari dan pampasan kepada pengguna LRT Laluan Kelana Jaya berbanding pengumuman sebelumnya mengikut jumlah hari gangguan sahaja.

Berikut maklumat yang diperolehi daripada Twitter AskRapidKL untuk rujukan pengguna terlibat.

Prasarana dan Rapid Rail memohon maaf kepada semua yang terkesan di LRT Laluan Kelana Jaya.

Sumber: AskRapidKL

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *