Mangsa Banjir di Segamat Ditempatkan Di 2 PPS

Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, bilangan mangsa banjir di Segamat meningkat kepada 21 orang daripada enam keluarga yang dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 2 petang Rabu.

Pertambahan mangsa banjir itu melibatkan empat mangsa banjir daripada sebuah keluarga dari Kampung Kuala Paya berdasarkan kenyataan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

“Mereka dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Kuala Paya pada jam 2 petang tadi. Sementara 17 lagi mangsa banjir dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5.

“Mereka dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak pada jam 8 pagi tadi,” menurut kenyataan tersebut.

JPBD memaklumkan, semua mangsa banjir itu dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air susulan banjir kilat yang berlaku.

Sumber: Sinar Harian

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *