HKS dengan kerjasama Britt Design Group dan Wilson Capital, mengumumkan rekabentuk Menara Wilson, iaitu bangunan setinggi 315 meter yang terletak di Bandar Texas. Projek itu mengandungi jumlah aras 80 tingkat dan 450 unit serta kawasan taman. Ia bakal menjadi bangunan tertinggi di luar daerah New York.
Austin, telah menjadi kawasan baru aktiviti teknologi tinggi di Amerika Syarikat. Salah satu syarikat gergasi yang terdapat di sana ialah Tesla Gigafactory, Google dan Microsoft. Bandar Texas dikatakan menghadapi krisis perumahan berbanding dengan pembangunan yang pesat di sekitarnya. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa syarikat melihat bandar itu sebagai hab pembinaan baru untuk kediaman di negara itu.
ICON dan BIG (Bjarke Ingels Group) dengan projek 100 unit rumah cetakan 3D, Waterline Kohn Pedersen Fox (KPF) setinggi 311 meter dan projek Menara terbaru oleh HKS.
Menara itu akan dibina di atas tanah berkeluasan 0.8 ekar, akan terletak di tengah bandar Austin, dekat dengan Universiti Texas dan Stesen Kereta Api Ringan Downtown CapMetro. Menara itu akan dilindungi dengan brise-soleil (bahasa Perancis) iaitu penghadang matahari dan angin yang bertindak sebagai teduhan bangunan yang unik dan ruang luar yang selesa di setiap tingkat.
“Kami percaya adalah penting untuk menambah kepadatan direka dengan sengaja di sepanjang koridor transit bandar untuk menampung tahap pertumbuhan penduduk yang belum pernah terjadi sebelumnya di Austin. Kami bersemangat untuk membuat sumbangan bermakna kepada bandar yang kami panggil sebagai rumah.” kata Taylor Wilson, Pemaju Hartanah di Wilson Capital
Selain teres dan taman luaran, projek ini akan menampilkan pemandangan langit, restoran di tingkat bawah, dan ruang kemudahan 4 tingkat seperti kolam, gym, panggung, ruang kerja dan ruang khas untuk haiwan peliharaan.
HKS, dengan kerjasama Hood Design Studio juga telah dipilih untuk merekabentuk CMNTY Culture Campus di Hollywood. Projek itu akan menghimpunkan industri kreatif dalam kawasan pembangunan seluas 500,000 kaki persegi.