
Dipetik daripada Kosmo, selepas Twitter memberhentikan hampir 50 peratus kakitangannya, syarikat itu mula memanggil semula pekerja yang dipecat untuk kembali bekerja, lapor laman berita Wion News.
Menurut laporan, puluhan pekerja yang diminta untuk kembali ke syarikat itu dikatakan telah diberhentikan ‘secara silap’.
Sebilangan pekerja diambil semula selepas pihak pengurusan menyedari bahawa kepakaran mereka diperlukan untuk membina ciri-ciri Twitter.
Volker Turk,Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dalam sepucuk surat terbuka berkata, langkah yang diambil oleh Elon Musk sebelum itu itu bukanlah ‘permulaan yang baik’.
Dalam pendedahan yang dibuat oleh pekerja-pekerja Twitter, kakitangan jabatan produk dan kejuruteraan, serta pasukan yang bertanggungjawab ke atas komunikasi, penyusunan kandungan, hak asasi manusia dan etika pembelajaran mesin telah diberhentikan.
Selepas Elon mengambil alih Musk, Twitter memecat hampir 3,700 kakitangan pada minggu ini melalui notis pemberitahuan secara e-mel. Menurut Elon Musk, pemberhentian itu disebabkan oleh kerugian besar yang dialami oleh syarikat itu.
Elon Musk dalam kenyataannya bahawa pengurangan itu dibuat kerana syarikat itu mengalami kerugian lebih US$4 juta (RM18.9 Juta) sehari.
Sumber: Kosmo