Perdana Menteri, DS Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa 18 & 19 November 2022 sebagai cuti umum.
Perdana Menteri mengumumkan ketika di Majlis Cuepacs hari ini.
“Kerajaan memutuskan Jumaat dan Sabtu adalah cuti umum bagi memudahkan pengundi,” Katanya.
Cuepacs sebelum ini telah mencadangkan kepada kerajaan supaya mengisytiharkan 18 November sebagai hari kelepasan am bagi membolehkan rakyat Malaysia pergi ke lokasi yang ditetapkan untuk membuang undi pada pilihan raya umum keesokan harinya.
Rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada hari Sabtu 19 November 2022 dan pengundian awal ditetapkan esok 15 November 2022.
Dalam pada itu, kerajaan juga mengumumkan gaji penjawat awam dipercepatkan iaitu pada 17 November 2022. Manakala penerima pencen menerima awal pada 14 November 2022. Termasuk tol percuma pada 18 & 19 November 2022.
Foto via FB