Selepas mengambilalih Twitter yang bernilai $44 bilion, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc (TSLA.O) Elon Musk telah menjual 19.5 juta saham Tesla yang bernilai $3.95 bilion pada hari Selasa. Lapor Reuters.
Musk sebelum ini pernah menegaskan yang tidak ada perancangan penjualan lanjut selepas dia menyelesaikan penjualan saham pada April dan Ogos. Bagaimana pun, penganalisis menjangkakan Elon Musk akan menjual saham tambahan Tesla.
Elon Musk mengambil alih platform Twitter dalam perjanjian $44 bilion beberapa hari lepas dan tidak lama selepas mengambil alih, dia telah memecat hampir separuh kakitangan Twitter termasuk mengenakan caj untuk kepada pengguna Twitter yang sah. Sebelum itu, Tesla telah kehilangan hampir separuh nilai pasarannya dan nilai bersih Musk merosot sebanyak $70 bilion sejak dia membida untuk Twitter pada April.
Elon Musk berjanji untuk menyediakan $46.5 bilion dalam ekuiti dan pembiayaan hutang untuk pengambilalihan itu, yang meliputi harga $44 bilion dan kos penutupan.
Jutawan itu telah cuba meninggalkan perjanjian itu pada Mei, mendakwa bahawa Twitter meremehkan bilangan bot dan akaun spam pada platform. Ini membawa kepada beberapa siri tindakan undang-undang antara kedua-dua pihak.
– Reuters