Tp-Link mengumumkan penghala Wi-Fi 7 generasi baru Archer BE900 yang mempunyai ciri baru yang menarik iaitu memaparkan emoji.
Penghala Wi-Fi 7 baru ini mempunyai skrin sentuh dan lampu LED yang boleh memaparkan masa, cuaca dan statistik wayarles. Dalam pada itu, ia juga memaparkan emoji untuk dipadankan dengan mood anda.
Penghala Wi-Fi 7 ini, berdasarkan kepada standard 802.11BE yang akan datang, adalah pengganti yang kepada produk Wi-Fi 6 dan 6E. Mereka mempunyai kependaman (latency) yang dikurangkan, bersama-sama dengan kelajuan yang lebih pantas dan keupayaan untuk menyambung kepada dua spektrum secara serentak (5Ghz dan 6Ghz) menggunakan Operasi Berbilang Pautan (MLO). Penghala Wi-Fi 7 yang baru ini juga tetap menyokong keserasian untuk Wi-Fi 6, 5 dan peranti yang lebih lama.
Tetapi, untuk menggunakan teknologi baru Wi-Fi 7, pengguna perlu menggunakan peranti yang menyokong Wi-Fi 7 untuk saluran berkapasiti tinggi selebar 320MHz. Sebagai perbandingan, Wi-Fi 6E menyokong saluran sehingga 160GHz. Ciri tambahan lain termasuk sokongan untuk OpenVPN dan rangkaian IoT peribadi untuk peranti pintar.
Buat masa ini belum banyak peranti yang serasi dengan Wi-Fi 7, tetapi BE900 tetap menyokong mana-mana komputer atau telefon pinter yang menyokong 6GHz.
TP-Link Archer BE900 berharga AS$700 (RM3,177), boleh didapati melalui prapesanan pada 31 Disember 2022. Ia akan dihantar pada suku pertama 2023.
Tiada sebarang maklumat untuk pasaran Malaysia.