Tahun 2023 dilihat sebagai peluang terbaik kepada arkitek dari seluruh dunia menunjukkan kepada dunia tentang apa yang terbaik dapat dilakukan. Ia semestinya sesuatu yang baru sama ada kepada dunia luar mahupun kepada daerah setempat.

2 tahun yang terjejas akibat pandemik adalah waktu yang sangat sukar. Dicampur pula krisis politik, peluang kali ini adalah medan terbaik untuk mengemukakan idea-idea baru, kreatif, bercita-cita tinggi, menyelesaikan dan menyegarkan.

Tidak sepatutnya tahun yang dianggap kembali pulih ini menyebabkan hasil kerja kembali ke waktu silam. Ia harus dilakukan mengikut kehendak semasa dan menyelesaikan beberapa perkara mengikut kesesuaian masa. Tetapi, tidak meninggalkan kepentingan hubungan antara budaya, agama dan persekitaran setempat.

Tahun 2023 sebenarnya sudah dirancang untuk beberapa acara kebiasaan yang mana ianya bukan acara yang sekadar memenuhi jadual, tetapi satu usaha untuk membangunkan komuniti, mengembangkan gaya hidup, mencernakan idea baru serta mengatur dan menyelesaikan ketidaktentuan yang berlaku ketika hampir segala-galanya terabai.

Berikut disenaraikan acara senibina (architecture events) yang dijadualkan pada tahun 2023.

Chile: XXIII Architecture Biennial
5-15 Januari 2023

Selepas krisis Sosial di Chile, acara ini kembali diadakan di Santiago, Chile pada 5-15 Januari 2023. Dengan tema ‘Habitat Terancam’ acara ini merupakan usaha untuk menangani masalah seperti kemunculan defisit perumahan, tidak formal dan pengambilalihan tanah secara haram yang telah meningkat sejak kebelakangan ini. Masalah ini termasuklah kelemahan dan kekurangan ruang orang ramai, perlindungan warisan dan kelemahan alam sekitar dalam konteks krisis iklim.

Italy: Salone del Mobile.Milano
18-23 April 2023

IMEJ VIA SALONE DEL MOBILE.MILANO

Seramai 262,000 orang menghadiri Salone del Mobile.Milano yang bertema “Design with Nature” pada tahun 2022. Untuk acara yang akan diadakan itu, penganjur telah memutuskan untuk menjadikan tema “tanggujawab alam sekitar, kewangan dan sosial akan menjadi keutamaan utama” untuk edisi yang ke 60 itu.

Spain: Concéntrico 09
27 April – 2 May 2023

IMEJ VIA CONCENTRICO 08

Program yang diasaskan oleh Javier Peña dengan kerjasama institusi awam dan swasta, Concéntrico telah mempersembahkan lebih 100 pemasangan dan pembinaan astaka sejak tahun 2015. Untuk edisi 2023 ini telah pun berlangsung yang mana pihak penganjur telah membuka pertandingan dan memanggil untuk penyertaan bagi mencadangkan idea-idea baru.

Italy: Venice Architecture Biennale
20 May – 26 November 2023

IMEJ VIA LA BIENNALE DI VENEZIA

Afrika akan menjadi protagonis Pameran Senibina Antarabangsa ke-18 yang akan diadakan di Venice, Italy. The Laboratory of the Future mendapat inspirasi daripada karya Lesley Lokko, yang merupakan pengasas kepada Graduate School of Architecture, di Universiti Johannesburg, Afrika Selatan dan Africa Future Institute (AFI) di Ghana.

Pameran yang dikendalikan oleh Lokko ini akan diadakan di Venice Biennale 2023.

United States: AIA Conference on Architecture 2023
7 – 10 Jun 2023

IMEJ VIA AIA CONFERENCE ON ARCHITECTURE

Institut Arkitek Amerika (AIA) merupakan penganjur bagi persidangan senibina tahunan terbesar di Amerika Syarikat. Pada edisi 2022, acara ini telah dianjurkan di Chicago. Manakala untuk edisi kali ini, ia akan diadakan di San Francisco, California.

Denmark: Copenhagen Architecture Festival
22 Jun – 9 Julai 2023

IMEJ VIA ARCHDAILY

Edisi 2023 merupakan ulang tahun acara itu yang ke-10. Edisi kali ini menginspirasikan ‘Leave No One Behind’ merupakan janji utama PBB untuk Agenda 2023 untuk projek Pembangunan Mampan. Ia bertujuan untuk meneroka bagaimana ia berpenanan dalam pembangunan dan perkembangan bandar.

CAFx juga akan menempatkan pameran mereka Danish Pavilion di Venice Biennale.

Denmark: UIA World Congress of Architects Copenhagen
2 – 6 Julai 2023

IMEJ VIA ARCHDAILY

Matlamat ‘Kongres Dunia 2023’ adalah untuk menjadikan senibina sebagai alat utama dalam mencapai 17 Matlamat Pembangunan Lestari PBB. Ia memberi penerangan tentang potensi senibina untuk membentuk masyarakat yang lebih baik dan menyumbang kepada masa depan yang mampan. Ursula von der Leyen, Francis Kéré, Kunlé Adeyemi, Chimamanda Ngozi Adichie, Mette Skjold dan Bjarke Ingels adalah antara penceramah utama untuk edisi 2023 ini.

Peru: Lima International Architecture Biennial (BIALIMA 2023)
Ogus 2023

IMEJ VIA ARCHDAILY

Acara Lima International Architecture Biennial (BIALIMA 2023) ini diianjurkan oleh Lima Chapter of the Peruvian Association of Architects bersama Barclay & Crousse Jean Pierre Crousse.

Edisi pertama BIAMLIMA pada tahun 2021 dianggap sebagai satu pertaruhan untuk menyerlahkan senibina Peru sambil mendorong kemasukannya ke dalam arus perdana litar kontemporari Amerika Latin seperti Argentina, Brazil, Chile, Ecuador, Mexico, dan Paraguay.

South Korea: Seoul Biennial of Architecture and Urbanism (SBAU 2023)
1 September – 29 October 2023

Dengan tema Land Architecture, Land Urbanisme, Pengarah Byoung Soo Cho dan kurator Eui Young Chun, Jinyoung Lim, Sang Hoon Youm, Sara Kim dan Leif Høgfeldt Hansen akan meneroka bagaimana Seoul perlu bersedia untuk menghadapi abad yang seterusnya melalui pembangunan peta jalan bagi bandar megapolis yang sangat padat dengan penduduk dan mesra ekologi.

Edisi keempat SBAU mengandungi lima bahagian. Ia termasuk pameran bertema yang akan membentangkan tema dan Pameran Pelan Induk Seoul 100 tahun.

Spain: Bienal de Arquitectura Latinoamericana (BAL 2023)
26 – 29 September 2023

IMEJ VIA BALPAMPLONA

Diasaskan oleh AREA dan dianjurkan bersama Pamplona City Council dan institusi sokongan lain, Bienal de Arquitectura Latinoamericana (BAL 2023) akan menghimpunkan 14 arkitek muda Amerika Latin di Pamplona, Sepanyol.

United States: Chicago Architecture Biennial (CAB 5)
September 2023

IMEJ VIA CAB 5

Chicago Architecture Biennial 2023, akan menampilkan Floating Museum yang akan meneroka masalah alam sekitar, politik dan ekonomi yang terdapat dalam masyarakat hari ini yang ditangani dengan cara berbeza di seluruh dunia melalui seni, senibina, infrastruktur dan sivik.

Dengan tema Chicago Design Summit, acara itu akan berfungsi sebagai input penyelidikan untuk Floating Museum, Jeremiah Hulsebos-Spofford, Faheem Majeed, Andrew Schachman dan Avery r.young.

United Arab Emirates: Sharjah Architecture Triennial (SAT)
November 2023

IMEJ VIA ARCHDAILY

Walaupun Chicago Architecture Biennial telah berjaya menjadi pameran senibina dan reka bentuk terkemuka di Amerika Utara, Sharjah Architecture Triennial menjadikan edisi sulungnya pada tahun 2018 sebagai platform antarabangsa yang menggabungkan senibina Asia Barat, Asia Selatan dan Afrika.

Pengasas cmDesign Atelier, Tosin Oshinowo telah dilantik sebagai kurator untuk edisi 2023 sebagai satu peluang, seperti yang telah dijelaskan oleh Hoor Al Qasimi iaitu Presiden dan Pengarah Yayasan Seni Sharjah, untuk membawa penegasan dan lebih banyak tumpuan diperlukan terhadap pendekatan tanggungjawab sosial kepada senibina dan perbandaran. Keindahan Ketidakkekalan, mencerminkan masalah kekurangan di kawasan negara membangun. Dan dalam masa yang sama, mewujudkan budaya penggunaan semula, peruntukan semula, inovasi, kerjasama dan penyesuaian.

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

December 2022
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 157
  • 561,991