Uribe Schwartzkopf iaitu sebuah syarikat pemaju di Quito telah melancarkan dua projek bangunan kediaman di ibu negara Ecuador. Projek dengan nama IQON telah ditugaskan kepada Arkitek Bjarke Ingels Group (BIG) dan satu lagi projek yang dikenali sebagai QORNER pula direka oleh Safdie Architects.

IMEJ IQON VIA ARCHDAILY

IQON merupakan projek pertama Arkitek BIG di Amerika Selatan dan ia menjadi bangunan tertinggi di Quito. Projek QORNER pula kediaman campuran dengan pelbagai dimensi yang lengkap dengan beberapa kemudahan seperti ruang teres peribadi, ruang gimnasium, spa dan kolam renang.

Untuk mencipta permukaan rekabentuk bangunan yang sebati dengan persekitaran bandar, gabungan pelbagai kedai, restoran dan ruang komersial dicadangkan di aras yang sama dengan aras jalan.

Bandar Quito merupakan sebuah bandar yang padat dengan bangunan rendah. Boleh dikatakan tiada bangunan tinggi di sana kerana salah satu sebabnya terdapat lapangan terbang di pusat bandar tersebut. Bagaimana pun, sejak penempatan semula lapangan terbang pada kira-kira 10 tahun yang lalu, latar belakang langit di bandar Quito semakin ‘bebas’ untuk bangunan tinggi, dimajukan dan dikembangkan sebagai hab senibina yang lebih moden.

Dua projek baru itu merupakan contoh terbaru terhadap perubahan itu iaitu IQON dan QORNER. IQON memperuntukkan keluasan sebanyak 55,000 meter persegi untuk ruang kediaman dan komersial dengan ketinggian lebih 32 tingkat. Jumlah keseluruhan unit yang terdapat di bangunan IQON ialah 220 buah unit kediaman, 5 unit komersial dan 36 ruang pejabat.

IMEJ IQON VIA ARCHDAILY
IMEJ IQON VIA ARCHDAILY

Arkitek Safdie pula menampilkan bangunan QORNER 24 tingkat yang mempunyai 92 unit kediaman baru. Bangunan QORNER itu lengkap dengan ruang kedai dan restoran di atas keluasan keseluruhan 16,000 meter persegi.

Salah satu ciri yang ditekankan dalam kedua-kedua projek itu ialah dengan menghubungkan tanaman ke dalam bangunan. Ciri hijau yang ditonjolkan itu merujuk kepada persekitaran semula jadi bandar Quito dan La Carolina Park yang tidak jauh dari lokasi bangunan itu.

IMEJ QORNER VIA ARCHDAILY
IMEJ IQON VIA ARCHDAILY

Jika dilihat kepada bangunan IQON, Arkitek BIG telah mencipta ruang di balkoni untuk menempatkan tanaman atau tumbuhan semula jadi. Fasad bangunan dibentuk dengan kotak konkrit yang turut membentuk sudut melengkung. Ciri itu memberikan pemandangan yang menarik ke seluruh bandar dan juga ke arah pemandangan gunung berapi, Pichincha.

IMEJ QORNER VIA ARCHDAILY

Rekabentuk bangunan QORNER pula disusun dengan gaya ke dalam dan ke luar. Idea itu untuk menghasilkan teres dengan landskap yang lebih luas di setiap aras dan kelihatan seperti lereng bukit hijau. Dinding kaca digunakan untuk menghubungkan ruang dalam dan persekitaran sekelilingnya untuk membenarkan penghuni menikmati pemandangan bandar dan kawasan pergunungan.

IMEJ IQON VIA ARCHDAIL

Oleh kerana bandar Quito terkait dengan masalah gempa bumi, maka struktur bangunan itu turut direka khas dengan menggabungkan bingkai konkrit perimeter yang distabilkan oleh teras konkrit dinding ricih (shear-wall) yang teguh. QORNER juga lengkap dengan kemudahan untuk penghuni bangunan, seperti ruang teres bumbung dan kolam renang, taman flora semula jadi, kawasan permainan kanak-kanak, spa dan pusat perniagaan dengan bilik mesyuarat dan ruang lounge.

Bjarke Ingels, Pengasas dan Pengarah Kreatif, BIG-Bjarke Ingels Group dalam kenyataannya, “Kami telah cuba mengambil semua kualiti ikonik Quito seperti keseronokan hidup di salah satu tempat paling biodiversiti di planet ini, di bandar di khatulistiwa di mana kawasan musim yang sesuai untuk kehidupan manusia dan tumbuh-tumbuhan dan membawa pengalaman itu ke dalam dimensi menegak. IQON merupakan komuniti menegak rumah individu, sambungan daripada La Carolina Park yang kini mendaki sehingga ke atas bumbung.”

IMEJ IQON VIA ARCHDAIL

Selain itu, Arkitek MVRDV juga telah mendedahkan projek pertamanya di Amerika Selatan. iaitu sebuah kompleks kediaman Hills di tepi sungai Guayas di Guayaquil, Ecuador. Diez + Muller Arquitectos pula dengan bangunan Pejabat Novopan, iaitu ruang baru pentadbiran dan perkhidmatan.

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

December 2022
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 1
  • 169
  • 562,003