American Institute of Architects (AIA) mengumumkan Carol Ross Barney, Fellow of the American Institute of Architects (FAIA), sebagai penerima AIA Gold Medal 2023. AIA Gold Medal merupakan satu anugerah penghormatan tahunan tertinggi arkitel di Amerika.

Pemberian anugerah kepada Carol Ross Barney adalah sebagai mengiktiraf dan memuji tumpuannya terhadap kecemerlangan rekabentuk, tanggungjawab sosial, dan kemurahan hati. Melalui projek transformatifnya, dia telah berusaha untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Ia menyebabkan juri membuat “tanda yang tidak dapat dilupakan.”

Pada awal kerjayanya, Barney bekerja di Peace Corps bersama Perkhidmatan Taman Negara Costa Rica yang baru dibentuk. Sejak itu, karyanya telah didasarkan pada prinsip bahawa rekabentuk yang baik adalah hak, bukan sekadar keistimewaan.

IMEJ VIA ARCHDAILY

Pada tahun 1997, Barney telah dipilih sebagai pereka utama untuk Bangunan Persekutuan Oklahoma City, yang menggantikan Bangunan Persekutuan Alfred P. Murrah, yang musnah akibat bom pada tahun 1995. Pemilihan itu menandakan yang arkitek itu merupakan arkitek wanita pertama dipilih untuk memimpin projek penting itu. Bangunan itu dirasmikan pada tahun 2005, memberikan nafas baru untuk tapak itu, kerana ia direka untuk pejalan kaki dan bandar sekitarnya. Dalam masa yang sama, turut disertakan langkah-langkah keselamatan yang diperlukan.

Barney terkenal dengan gerakan untuk menghidupkan semula kawasan Sungai Chicago. Ia merupakan satu usaha untuk menghasilkan Chicago Riverwalk sepanjang 1.25 batu untuk penduduk bandar.

Kerja-kerja Barney telah mempengaruhi penduduk Chicago. Apa yang beliau lakukan itu bukan sekadar untuknya, akan tetapi Barney turut membimbing generasi arkitek di firmanya dan juga di Institut Teknologi Illinois Chicago yang mana beliau merupakan profesor di institut itu. Seperti yang diiktiraf oleh juri, “pendekatan perintis dan etika beliau menunjukkan aspirasi tertinggi senibina.”

Pemenang anugerah sebelum ini, Edward Mazria, pada tahun 2021, diiktiraf atas kerjanya untuk memerangi krisis iklim dan memotivasi profesion untuk mengambil peranan; Marlon Blackwell, pada tahun 2020, dengan pengaruhnya yang berkekalan terhadap teori dan kerjaya senibina; Richard Rogers, pada tahun 2019, dengan pengaruh positifnya terhadap persekitaran yang dibina; dan James Stewart Polshek, pada tahun 2018, dengan “visi dan kepimpinannya yang tiada tandingannya.”

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

December 2022
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 171
  • 562,005