Dipetik daripada Facebook Rasmi MetMalaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) yang dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula 7-9 Disember 2022.
Dalam kenyataan MetMalaysia, hujan berterusan diramalkan akan berlaku di Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Jeli.
Amaran hujan berterusan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang berlaku atau dijangka berlaku melebihi 6 jam di sesuatu kawasan.
Amaran dikeluarkan pada 2:30 petang, 5 Disember 2022.