Pada 8:45 pagi 9 Disember 2022, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan dan Pahang akan mengalami hujan lebat berterusan sehingga Sabtu.
Dalam kenyataan itu, beberapa kawasan di negeri Kelantan dan Terengganu dijangka akan mengalami hujan lebat berterusan (Bahaya) iaitu di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Manakala di Terengganu pula di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
Sementara itu, hujan lebat berterusan (Buruk) dijangka berlaku sehingga Sabtu di Hulu Perak, Gua Musang, Dungun, Kemaman, Jetantut dan Kuantan.
Manakala di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dijangka berlaku hujan berterusan (Waspada). Daerah di Perak seperti Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak tengah dan Kampar. Hujan di Pahang pula akan berlaku di tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin.
Dalam pada itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) turut mengumumkan tiga negeri masih terjejas banjir setakat 7 pagi Jumaat dengan 220 mangsa daripada 70 keluarga berteduh di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).
IMEJ VIA MET MALAYSIA