Piala Dunia 2022: Korea Selatan Iring Jepun Ke Pusingan 16

Korea Selatan mengiringi pasukan Jepun apabila layak ke pusingan 16 selepas menewaskan Portugal 2-1. Gol lewat Hee-Chan Hwang menidakkan peluang Uruguay yang menang ke atas Ghana 2-0 dengan perbezaan gol.

Hee-Chan Hwang menyambut mudah hantaran Heung-Min Son pada minit ke 90+1 menewaskan penjaga gol Portugal Diogo Costa.

Portugal yang telah layak hanya memerlukan 1 mata untuk berada di kedudukan teratas, bagaimana pun mendahului permainan pada minit ke 5 melalui jaringan Ricardo Horta.

Pada minit ke 27, Young-Gwon Kim memberikan nafas lega buat Korea Selatan apabila menjaringkan gol penyamaan selepas bola melantun dari pemain Portugal.

Uruguay telah menang ke atas Ghana 2-0 dan Korea Selatan perlu menang menentang Portugal untuk layak ke pusingan 16 dengan kelebihan gol.

Menurut penyerang Wolves “Heung-Min berkata kepada saya sebelum perlawanan saya akan mencipta sesuatu hari ini, dan dia mempercayai saya.

“Apabila saya bermain sebagai pemain pengganti, rakan sepasukan juga berkata demikian. Itu berakhir dengan keputusan yang baik dan Son, apabila dia mendapat bola, saya yakin dia akan menghantar bola kepada saya. Ia adalah hantaran yang sangat baik. dan memudahkan kerja saya.”

Korea Selatan dan Jepun merupakan pasukan dari benua Asia yang layak ke pusingan 16 bersama pasukan Australia.

Korea Selatan bertemu Brazil, Jepun menentang Croatia dan Australia melawan Argentina.

Foto via Skysports

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *