Tanah Runtuh: 94 Mangsa Ditemui, 10 Masih Hilang

IMEJ VIA FB JAB. BOMBA

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memaklumkan bahawa sejumlah 94 orang mangsa telah ditemui manakala 10 masih hilang. Daripada jumlah yang ditemui itu, sebanyak 61 orang selamat dan 23 orang meninggal dunia.

Pihak Bomba memaklumkan operasi dan menyelamat mangsa masih diteruskan. Pencarian terbahagi kepada 4 sektor iaitu sektor A, B, C & D. Sektor C dibahagi kepada C1 dan C2. Bomba juga memberitahu, operasi pencarian dibantu dengan menggunakan Excavator bagi setiap sektor.

IMEJ VIA FB JAB. BOMBA

Pada sekitar jam 1 tengah hari, 2 mangsa telah ditemui oleh pasukan penyelamat sektor A menjadikan jumlah keseluruhan yang telah ditemui ialah 94 orang.

IMEJ VIA FB JAB. BOMBA

Kira-kira sekitar 128 orang anggota telah terlibat dalam operasi tersebut dan pihak bomba akan mengemaskini maklumat kejadian dari semasa ke semasa.

Kemaskini setakat 4:00 petang : Mayat seorang kanak-kanak perempuan telah ditemui. Jumlah mangsa yang tinggal berbaki 9 orang.

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *