Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa Kerajaan Pahang supaya menyemak semula setiap projek yang dijalankan di kawasan berbukit, cerun dan lokasi berisiko tanah runtuh di negeri ini.
Langkah itu perlu diambil segera bagi mengelakkan tragedi tanah runtuh berlaku di negeri itu dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa di samping langkah-langkah keselamatan perlu dititik beratkan ketika musim tengkujuh.
“Setiap agensi dan jabatan berkaitan juga perlu melakukan pemeriksaan di setiap tapak projek di kawasan cerun berbukit.
“Pada masa sama, pengusaha lokasi percutian yang berada di kawasan berisiko tanah runtuh perlu peka dengan keadaan di sekeliling dan bertanggungjawab teehadap aspek keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan.