Arkitek Perancis, Renée Gailhoustet, perintis perumahan mampu milik dan pemenang Royal Academy Architecture Prize 2022, telah meninggal dunia pada usia 93 tahun. Seperti yang diumumkan oleh Royal Academy, dia meninggal dunia di rumahnya di Le Liégat, Ivry-sur-Seine, yang merupakan salah satu projeknya yang paling terkenal. Sepanjang kariernya sejak tahun 1960-an, Renée Gailhoustet merupakan penyokong kuat kepada perumahan mampu milik yang boleh dilihat melalui hasil kerjanya.

IMEJ VIA ARCHDAILY

Renée Gailhoustet merupakan arkitek wanita generasinya yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Beliau dilahirkan di Oran di Algeria Perancis pada tahun 1929. Dia mendaftar di École Nationale des Beaux-Arts de Paris, dan memperoleh diploma pada tahun 1961. Dia juga memulakan kerjayanya selama empat puluh tahun.

IMEJ VIA ARCHDAILY

Selepas mengasaskan firmanya sendiri pada tahun 1964, beliau terus menghasilkan projek yang pada asasnya melibatkan projek perumahan awam yang mempunyai pelbagai kemudahan.

Gailhoustet mempelopori rekabentuk bandar Brutalisme, yang mengandungi teres bertingkat dan taman bandar.

IMEJ VIA ARCHDAILY

Rekaannya sering tersasar daripada gaya senibina Brutalisme biasa. Ia bertujuan untuk mencipta ruang yang terang, berwarna-warni dan meriah dengan tingkap besar dan ruang yang mesra.

Pada tahun 1969, Gailhoustet menjadi ketua arkitek dalam projek naik taraf bandar di pinggir bandar Ivry-sur-Seine yang terletak di tenggara Paris. Inisiatif itu adalah sebagai tindak balas kepada keperluan yang mendesak terhadap perumahan pasca perang di Paris. Projek yang dirancang untuk kawasan itu bukan untuk membina kompleks yang besar tetapi sebaliknya membina pelbagai jenis bangunan yang dipisahkan oleh kawasan lapang. Gailhoustet terus meninggalkan jejaknya di pinggir bandar Paris yang lain seperti di Aubervilliers, Saint-Denis, dan Villejuif.

IMEJ VIA ARCHDAILY

“Pencapaian Renée Gailhoustet menjangkau jauh melebihi apa yang dihasilkan sebagai perumahan mampu milik hari ini. Kerjanya mempunyai komitmen sosial yang kuat yang menyatukan sifat pemurah, kecantikan, ekologi dan keterangkuman.- Farshid Moussavi RA, Pengerusi Juri Royal Academy Architecture Awards 2022.

Hasil karyanya yang mencipta senibina sebagai amalan sosial dan budaya, pemurah dan kepekaan yang dia gunakan untuk mendekati perumahan mampu milik serta untuk keunikan bentuk senibinanya, Renée Gailhoustet sudah pasti akan terus diingati.

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 162
  • 561,996