Foto oleh DZ Creation Studio

UKBS 1984: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu dipatuhi melibatkan pengemukaan pelan-pelan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan. Merujuk kepada UKBS 1984 / UBBL 1984, Bahagian II di bawah perkara No. 3, Pengemukaan pelan-pelan untuk diluluskan:

Bahagian II: Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan

3. Pengemukaan pelan-pelan untuk diluluskan.

(1) Semua pelan bangunan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan untuk diluluskan, sebagai tambahan kepada kehendak-kehendak seksyen 70 Akta, hendaklah-

(a) didepositkan di pejabat pihak berkuasa tempatan Bersama dengan fee yang ditetapkan bagi pengemukaan pelan-pelan itu mengikut Jadual Pertama Undang-Undang Kecil ini;

(b) mengandungi suatu pernyataan yang menunjukkan maksud bangunan yang dikemukakan pelannya itu hendak didiri dan digunakan;

(c) mengandungi perakuan-perakuan orang-orang berkelayakan itu bersama dengan Borang A sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini yang baginya mereka masing-masing bertanggungjawab; dan

(d) dilampirkan bersama-samanya suatu Salinan bersetem pelan tapak yang relevan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan yang kompeten dan diperakukan dalam masa dua belas bulan Kalender sebelum Tarikh pelan-pelan bangunan itu didepositkan, melainkan jika selainnya dikecualikan di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan perancangan

(2)Tiap-tiap pelan, lukisan atau kiraan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah dikemukakan oleh orang berkelayakan.


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85] (Hingga 1HB November 2015), Bahagian II, Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No.3, Muka Surat 20.

Nota:

  1. UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  2. UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
  • Imej 1 by Freepik
  • Imej 2 by DZ Creation Studio

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 172
  • 562,006