Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) menyiasat kontraktor didakwa terbabit dalam kejadian sebuah kereta rosak teruk selepas dihempap panel aluminium di Jalan Ampang hari ini.

Dalam kejadian itu, pemandu terselamat kerana berada di kedai serbaneka berhampiran.

Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.45 pagi itu apabila satu panel aluminium jatuh dari tingkat 56 iaitu sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan.

Menurut Pengarah DOSH Zamzurin Maarof, pemeriksaan yang dilakukan oleh pihaknya adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku perlanggaran undang-undang berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya akan merekodkan keterangan pekerja dan pemandu kereta itu.

“Siasatan awal menunjukkan pekerja sedang menanggalkan acuan ketika kejadian berlaku,” katanya.

Terdahulu, tular video yang menunjukkan sebuah kereta jenis Toyota Vios mengalami kerosakan teruk dihempap konkrit.

Sumber imej

Categories:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 157
  • 561,991