Wang tunai bantuan awal persekolahan (BAP) yang beru dikeluarkan dari sebuah bank lesap dilarikan perompak di Semenyih, Kajang.

Kejadian berlaku sekitar 10 pagi, apabila wang BAP berjumlah RM109,000 yang dikeluarkan oleh guru besar sebuah sekolah dari bank di Kampung Baru Semenyih ditinggalkan di dalam kenderaan miliknya.

Menurut Ketua Polis Kajang, Mohd Zaid Hassan, selepas mangsa yang berusia 50 tahun mengeluarkan wang itu, ia kemudian ditinggalkan di dalam kenderaan mangsa jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang untuk ke sebuah restoran membeli minuman.

“Selang hampir 10 minit apabila dia kembali ke kenderaan, mangsa mendapati cermin kereta miliknya dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg berisi wang tunai tersebut telah dicuri,” katanya dalam kenyataan.

Pihak Polis berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Katanya, polis kini giat mengesan suspek terlibat dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan berhubung dengan balai polis atau terus dengan pegawai penyiasat kes Ahmad Rahmat Adnan di talian 014 5156933 bagi membantu siasatan.

Categories:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 153
  • 561,987