Sepasang suami isteri didakwa atas tuduhan membunuh seorang pelayan restoran dalam kejadian letupan di Pandan Indah, Ampang, bulan lalu. Namun, tiada pengakuan dibuat oleh kedua-duanya apabila tuduhan dibaca di Mahkamah Majistret Ampang hari ini. Lapor China Press.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kes akan didengar oleh Mahkamah Tinggi dan tertuduh akan hadir ke mahkamah pada 23 Mac.

Peguam tertuduh, RSN Rayer meminta mahkamah membenarkan Ng diikat jamin kerana dia perlu menjaga dua anaknya berusia lima dan tujuh tahun.

Permohonan ini dibantah pendakwaan dengan berkata, tiada alasan untuk membenarkannya kerana membunuh ialah kesalahan yang tidak boleh diikat jamin.

Mahkamah memutuskan untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Dalam kejadian bulan lalu, seorang lelaki berusia 28 tahun maut akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup.

Kejadian berlaku di hadapan restoran tempat dia bekerja dan polis percaya bom buatan tangan itu diledakkan dari jauh.

Categories:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 151
  • 561,985