Adjaye Associates bersama Holst Architecture telah berkongsi rendering pertama untuk Perpustakaan East County yang baru di Portland, Oregon yang lengkap dengan pelbagai perkhidmatan dan pengaturcaraan. Projek seluas 95,000 kaki persegi itu masih dalam fasa reka bentuk skematik, imej yang pamerkan adalah draf awal dan ia mungkin berubah berdasarkan input yang diterima.

Lokasi perpustakaan yang baru itu dipilih kerana berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam. Oleh yang demikian, ia akan menjadikan tempat itu dapat diakses oleh sebahagian besar penduduk Multnomah County.

IMEJ VIA ARCHDAILY

Di bahagian depan perpustakaan itu mengalu-alukan orang ramai yang lalu lalang untuk meneroka ruang transformasi yang disediakan. Ruang yang menarik ini juga menuju ke Hab Sivik Selatan, tempat penduduk tempatan boleh berehat dan berhubung antara satu sama lain.

Perpustakaan East County dirancang untuk menyediakan keperluan komuniti. Ruang auditorium yang besar ditambah untuk mewujudkan ruang kepada program perayaan kebudayaan, kuliah, persembahan atau acara bersama keluarga. Perpustakaan ini akan menyediakan ruang untuk membaca, teknologi dab inovasi, berkumpul dan acara. Kemasan ruang dalaman yang menarik serta membenarkan cahaya semula jadi untuk mencipta ruang yang menarik dan selesa untuk pembelajaran.

IMEJ VIA ARCHDAILY

Penyertaan komuniti dalam projek ini telah menjadi aspek terpenting sejak projek itu dimulakan. Persatuan tempatan banyak membantu dan membimbing pada peringkat fasa pertama. Usaha tersebut menghasilkan “2016 Framework for Future Library Spaces” yang bertujuan untuk menyelesaian rekabentuk dengan teliti. Peringkat seterusnya memungkinkan wujud ciri baharu termasuk perkhidmatan kemudahan pembelajaran awal untuk keluarga, ruang khusus untuk remaja, dan bimbingan kerjaya.

IMEJ VIA ARCHDAILY

Perpustakaan East County ketika ini berada dalam fasa rekabentuk skematik hingga akhir Februari 2023. Rekabentuk mungkin terdapat beberapa kemaskini atau pindaan berdasarkan kepada input komuniti, dis samping untuk memperhalusi lagi kemajuan rekabentuk yang akan bermula pada Mac 2023. Ahli komuniti pula dijemput untuk kekal up-to-date dengan kemajuan rekabentuk perpustakaan itu melalui laman web projek.

IMEJ VIA ARCHDAILY

Adjaye Associates telah menyiapkan beberapa perpustakaan dan pusat acara di Amerika Syarikat. Antaranya termasuk Winter Park Library & Events Center, hab sivik dan budaya berdasarkan prinsip pemerkasaan dan pembangunan komuniti serta Francis A. Gregory Library, sebuah hab yang fleksibel dan bangunan yang mudah diakses yang memperkenalkan elemen sosial untuk mewujudkan kehadiran bandar dan budaya yang kukuh.

IMEJ VIA ARCHDAILY

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 163
  • 570,854