UKBS 1984: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Berikut merupakan perkara yang berkaitan dengan pengembalian pelan bagi pengemukaan pelan-pelan untuk diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti berikut. Merujuk kepada UKBS 1984 / UBBL 1984, Bahagian II, Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, di bawah perkara No. 4, Pengembalian pelan.

4. Pengembalian pelan.

(1) Sesuatu pihak berkuasa tempatan, jika ada pendapatnya sesuatu pelan, lukisan atau kiraan itu adalah di luar kekompetenan orang berkelayakan yang mengemukakannya, boleh mengmbalikan pelan, lukisan atau kiraan itu.

(2) Sesuatu pihak berkuasa tempatan hendaklah menerima mana-mana pelan, lukisan atau kiraan yang telah dikembalikan jika pelan, lukisan atau kiraan itu dikemukakan semula bersama dengan suatu perakuan daripada pihak berkuasa berkenaan yang kompeten yang bertanggungjawab bagi pendaftaran orang berkelayakan itu, memperakui bahawa pelan, lukisan atau kiraan itu adalah di dalam kekompetenan orang berkelayakan yang mengemukakannya.


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85] (Hingga 1HB November 2015), Bahagian II, Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No.4, Muka Surat 20.

Nota:

  1. UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  2. UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 163
  • 570,854