Sekumpulan gajah melakukan lawatan mengejut ke Ladang Hutan Kemasul pada Isnin lalu.
Ahmad Najamudin Ahmad Shahar, 36, yang merupakan penduduk di situ berkata, dia melihat gajah kira-kira 15 ekot berkeliarab di kawasan itu untuk mencari makanan.
Isterinya Wan Nur Afni Wan Rosli, 35, serta beberapa jiran turut mendakwa melihat kawanan itu keluar dari Hutan Simpan Kemasul pada jam 6.50 petang.
“Kami melihat gajah itu bergerak selama 20 minit sebelum berundur semula ke dalam Hutan Simpan Kemasul, seekor gajah tunggal bergading bertindak agresif dan cuba menyerang kami.
“Ini adalah kali pertama saya melihat sejumlah besar gajah liar seolah-olah kami berada di zoo di negara asing,” kata Najamudin.
Menurutnya lagi, gajah itu sekali lagi berkeliaran di kawasan itu pada jam 10 malam pada hari yang sama.
“Ada beberapa (gajah) di hadapan rumah saya mencabut pokok kurma dan pisang.
“Sebelum ini terdapat beberapa kemunculan gajah di Hutan Simpan Kemasul, tetapi tidak sebanyak ini,” jelasnya.
Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Nazri berkata, haiwan itu merayau di pejabat Hutan Simpan Kemasul dan kawasan perumahan berbeza pada waktu malam, tetapi berbeza kali ini mereka hadir pada waktu petang.
“Pintu pagar juga rosak serta pokok pokok yang menghiasi kawasan pejabat.
“Saya difahamkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pernah menangkap dan menempatkan semula beberapa ekor gajah di Hutan Simpan Kemasul,” jelasnya.
Nazri berkata kumpulan itu telah merayau-rayau ke kawasan pejabat dua kali pada tahun lepas.
Perhilitan dalam satu kenyataan mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 45 ekor gajah di Hutan Simpan Kemasul bergerak dari satu kawasan ke kawasan seterusnya berhampiran sempadan hutan.
– Sinar Daily