Polis menahan seorang penjawat awam kerana dipercayai mencuri barangan milik mangsa tanah runtuh Batang Kali.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata lelaki itu ditahan semalam di Lembah Klang.
“Orang yang berumur 30-an itu akan direman bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang media hari ini.
Menurutbta, barang curi itu ditemui semula semasa penahanan tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Kejadian tanah runtuh yang membawa maut pada 16 Dis lalu di Father’s Organic Farm, Batang Kali, telah meragut 31 nyawa.
Seorang ahli keluarga mangsa tanah runtuh kemudian mendakwa beberapa barangan dari lokasi kejadian telah dicuri.
IMEJ VIA MSN